Movie Review | The Con Heartist (2020)


Title : The Con Heartist
Country : Thailand
Director : Mez Tharaton
Duration : 2 hour 10 minutes
Release Date : 3 December 2020
Cast : Baifern Pimchanok, Nadech Kugimiya, Bank Thiti, 
Mam Kathaleeya, Phuak Pongsatorn, Ter Chantawit

Suatu hari, Ina (Baifern) mendapat panggilan dari tax department tentang derma yg dia dapat melalui youtube. Ina dikehendaki masukkan sejumlah duit sebelum mereka transfer balik duit yg dia dapat melalui donation tersebut.

waktu nak transfer duit tersebut, Ina macam pelik bila dia kena transfer duit ke personal account bukan tax department. Ina pernah bekerja di bank dulu so dia minta kawan dia periksa maklumat akaun tersebut.


salah Ina sebab cerita tentang hutang yg dia cuba langsaikan dan share nombor akaun di youtube channel. kesilapan Tower (Nadech) pula sebab dah salah pilih mangsa, tak pasal kena ugut dengan Ina yg mahu dedahkan rakaman suaranya.

sebagai balasan untuk padam rakaman suara tersebut, Ina minta Tower untuk tolong menipu bekas teman lelakinya yg pinjam duit Ina tapi sampai ke sudah tak bayar. report polis pun polis tak boleh buat apa sebab Ina sendiri yg rela bagi pinjam kat Petch (Bank Thiti).


jenis lelaki yg kikis duit perempuan mesti modalnya senyuman dan kata-kata manis. lepas putus dengan Ina, Petch ada hubungan dengan pemilik travel agency, Kanokpon Tour. Petch dapat jadi manager dan dapat la pakai barang branded.

modus operasi Tower kali ini suruh Petch booking bilik hotel, mereka pula menyamar sebagai staf dan tunggu duit masuk. Tower dan Petch upah Nongnuch (Mam Kathaleeya) untuk jadi client Petch dan juga Jone (Phuak Pongsatorn) untuk membantu menjayakan misi mereka. target mereka untuk dapatkan 3 million baht daripada Petch.


The Con Heartist  bergenrekan komedi, first half movie memang kelakar habis. walaupun scene Ter Chantawit yg bawa watak Sam sebagai manager hotel pendek je tapi part dialah yg paling kelakar dan tak boleh stop gelak.

bila masuk second half dia punya komedi jadi slow sikit dan ada drama bila benda yg dirancang tak berjalan lancar. Ina pun ada isu juga sama ada dia boleh percaya Tower atau tidak.

The Con Heartist

rasanya first time kot tengok Nadech dan Baifern bekerjasama tapi chemistry mereka sangat bagus dan boleh bawa watak komedi dengan baik. plot twist movie ni pun best, hampir-hampir nak kutuk si Ina ni ngok rupanya rancangan mereka lagi mantap.

OST The Con Heartist dinyanyikan oleh Bambam Got7, memang sedap dan kena dengan jalan ceritanya. siapa yg tengah mencari movie komedi, memang recommend sangat untuk menonton filem The Con Heartist.

Post a Comment

14 Comments

  1. Wah.. komedi.. menarik untuk ditonton nie..

    ReplyDelete
  2. Best jalan cerita dia. Saya baca tajuk teringat The Con Artists (2014 film) Woo bin berlakon tu :)

    ReplyDelete
  3. muka pelakon familiar, rasanya pernah tgk depa dlm movie lain kot or drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. heroin ni banyak berlakon movie maybe pernah tengok movie dia sebelum ni kot..hehe

      Delete
  4. Mcm best je sinopis dia ni.. Ada kat netflix x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum masuk netflix malaysia lagi. kena tunggu dulut kot sebab movie ni tengah tayang kat pawagam..

      Delete
  5. Plan nak tengok movie ni harini. Baca review ni lagi confident nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..filem komedi thailand selalunya tak mengecewakan.
      selamat menonton :)

      Delete
  6. kalau pelakon good chemistry.. best tgk :)

    ReplyDelete
  7. laa Nadech ke tu? knape muka dia lain hehehehe

    ReplyDelete
  8. sinopsis menarik ni. haha confirm kelakar

    ReplyDelete