Realiti Cinta - Miss Match (WeTV) | Sinopsis Drama

Realiti Cinta - Miss Match (WeTV) | Sinopsis Drama

Drama : Miss Match
Produksi : Imaginal Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi
Siaran : WeTV
Mula Tayangan : 25 Februari 2020
Episod : 4
Pelakon : Kilafairy, Mimi Lana, Bella Dally, 
Donna Muslim, Atiq Azman, Emelda Rosmila, Izara Aisyah


Selepas drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi sekali lagi menerbitkan drama mini bersiri di platform online WeTV. Miss Match mengisahkan Melissa (Kilafairy), pengacara program Berdua Bersatu iaitu sebuah rancangan membantu mereka yg mencari pasangan ideal.

rancangan tersebut dikritik kerana dikatakan meniru format rancangan tv barat dan status Melissa yg single juga menjadi isu kononnya pengacara solo tapi sibuk nak cari jodoh untuk orang lain.

Suatu hari, Melissa mendapat jemputan untuk join committe untuk reunion sekolah lamanya tapi dia ragu-ragu untuk pergi majlis tersebut kerana rakan sekelasnya bernama Adrea (Mimi Lana).

Realiti Cinta - Miss Match (WeTV) | Sinopsis Drama

Melissa cuba minta pendapat Shaq (Bella Dally) dan Iqy (Atiq Azman) sama ada dia patut pergi majlis tersebut. Selepas mendengar cerita pasal budak Adrea, Shaq dan Iqy nasihat Mel supaya tak pergi sebab takut kes lama berulang kembali.

Mel pula membuat keputusan untuk pergi reunion dan join committe tersebut. bagi Melissa benda dah lepas kot takkan perangai Adrea tu tak berubah lagi kot.


Melissa berkenalan dengan pemilik salon bernama Harris (Donny Muslim) selepas mendapat baucar rawatan rambut daripada Shaq. hubungan mereka semakin rapat, Melissa sendiri tak kisah berkongsi gambarnya dengan Harris di intagram miliknya.


telahan Syaq dan Iqy tu memang betul, Adrea tak pernah berubah masih lagi dengan perangai diva dan tak puas hati dengan Melissa.

kebetulan pula Adrea ternampak Harris datang jemput Melissa selepas habis meeting discussion mereka. naik angin Adrea bila tengok ig post Harris. apa sebenarnya hubungan Adrea dengan Harris?

persoalannya apa sebenarnya yg berlaku pada Adrea dan Melissa sampai Adrea langsung tak boleh nak berbaik walaupun Melissa dah minta mereka move on daripada perkara yg lepas? Nantikan jawapannya dalam Miss Match episode 3 dan 4 yg akan ditayangkan pada 4 Mac dan 5 Mac jam 8.00 malam di WeTV.

Post a Comment

12 Comments

  1. cerita lama ye ni. Zaman Kila Fairy masih belum bertudung lagi. Tengok pelakon macam best je cerita ni. Tiru meniru tu dah biasa dalam industri tapi mungkin ada yang berbeza. kalau best, boleh layan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengarnya cite ni dah lama kena peram, baru sekarang dapat tayang di wetv

      Delete
  2. Pendek je drama ini.. bolehlah layan.. tq share Tiara..

    ReplyDelete
  3. lama tak layan drama melayu. kalau terjebak habis la mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek je drama ni mama, tengok sekejap dah habis..hehe

      Delete
  4. dah tengok trailer..nampak best, 4 episod je..boleh layan..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. memang pendek. patutnya dia buat telemovie je..haha

      Delete
  6. drama pendek ni macam seronok ajee

    ReplyDelete