Drama Korea | Itaewon Class (2020)

Drama Korea Itaewon Class

Title : Itaewon Class
Director : Kim Seong Yoon
Screenwriter : Kwang Jin
Network : JTBC / Netflix
Aired : 31 January 2020 - 21 March 2020
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Park Seo Joon, Kim Da Mi, Kwon Na Ra, Yoo Jae Myung, Ahn Bo Hyun, Kim Dong Hee, Lee Joo Young, Ryu Kyung Soo, Kim Hye Eun, Chris Lyon, Lee David

Baru sehari berpindah ke sekolah baru, Park Saeroyi (Park Seo Joon) dibuang sekolah kerana menumbuk muka pembuli, Jang Geun Woon yg merupakan anak orang berpengaruh di sekolah itu dan bapa Jang Geun Woon juga seorang ahli perniagaan, Jang Da Hee yg mempunyai rantaian francais makanan terkenal di seluruh negara.

Saeroyi enggan minta maaf pada pembuli kesannya bukan pada dia tapi juga bapa dia pun kena buang kerja sebab bapa dia kerja dengan Jang Da Hee.

Drama Korea Itaewon Class

tak lama selepas itu ayah Saeroyi meninggal dunia akibat dilanggar lari. Jang Geun Woon yg memandu kereta pada hari kejadian tapi bapa Jang Geun Woon cuba cover kemalangan tersebut dengan mengupah orang lain untuk menutup kesalahan anaknya.

Saeroyi yg tahu hal tersebut pergi belasah Jang Geun Woon sebagai hukuman Saeroyi dihukum penjara selama dua tahun. Park Saeroyi nekad nak balas dendam pada Jang Geun Woon dan bapanya, Jang Dae Hee selepas dibebaskan daripada penjara.


Selepas 7 tahun, Park Saeroyi berjaya buka bar di Itaewon yg diberi nama DanBam tapi persaingan sangat sengit, di Itaewon dah berlambak bar terkenal yg ada. Saeroyi kena fikir macam mana untuk majukan bisnes dan tarik perhatian pelanggan ke barnya.

yg aku suka mengenai drama Itaewon Class macam mana Park Saeroyi mula dari bar kecil sampai berjaya kembangkan bisnes dia jadi sebuah francais kedai makan. target Saeroyi nak atasi bisnes Jang Da Hee dalam masa yg sama dia nak cari bukti juga untuk sumbat Jang Geun Woon dalam penjara atas kes langgar lari bapa dia.


Saeroyi punya semangat dan impian tu sangat salute bila dia cakap lagi 7 tahun nak buka bar memang dia berjaya buka. yg kurang berkenan Saeroyi tak ada perancangan rapi dan jenis tak fikir panjang. awal bisnes asyik rugi sebab tak ada pelanggan. bukan setakat marketing, management pun fail.  

sampailah Jo Yi Seo (Kim Da Mi) tawar diri untuk jadi manager kat situ. Yi Seo sanggup tolak tawaran belajar di universiti semata-mata nak tolong Saeroyi berjaya, antara sebab lain juga Yi Seo dah jatuh cinta pada Saeroyi.

walaupun Yi Seo masih muda dan tiada pengalaman tapi dia instafamous yg banyak buat eview kedai makan. Yi Seo mengubah interior DanBam, baiki kualiti makanan dan service dan juga buat marketing melalui social media. hasilnya, semakin ramai pelanggan tertarik untuk datang ke bar Park Saeroyi.

Drama Korea Itaewon Class

jalan ceritanya nampak menarik tapi tak berapa masuk dengan aku sebab banyak watak dalam drama ni annoying giler. terutama sekali watak Park Saeroyi, setakat semangat dan cita-cita sebenarnya tak cukup kalau tak ada ilmu dan pengalaman tapi untung la sebab ada ramai orang yg nak tolong dia. 

itu belum lagi watak Soo Ah tak habis tikam Saeroyi dari belakang tapi Saeroyi tetap juga cakap sayang kat Soo Ah, tak paham betul. walaupun suka So Yi Seo sebab watak dia yg nampak cerdik tapi ada kalanya annoying juga. bagi aku, banyak watak dalam drama ni terlalu berpegang pada ego dan prinsip mereka.

Post a Comment

17 Comments

  1. belom ada kesempatan untuk duduk diam tengok drama ni lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe slow2 aien. buat kerja yg penting dulu :)

      Delete
  2. belum teringin nak tengok drama ni walaupun dia punya hype tu semacam hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia punya hype semacam dan ramai yg bagi review positif. seriusly i memang tak boleh masuk dgn cerita dia tapi berjaya juga bertahan sampai habis..haha

      Delete
  3. baru tengok sampai episod 3 padahal dah seminggu tak habis2 lagi layan sebab tak berkenan sangat dengan Park Seo Joon

    ReplyDelete
    Replies
    1. i nak habiskan drama ni pun jenuh pakai speed paling laju..haha

      Delete
  4. Best best sbb suka kat hero.. Now suka tgk youn stay variety show tu sbb dia chef haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak tengok variety show korea. memang tak update langsung news diorang melainkan pasal drama..haha

      Delete
  5. macam best tapi list wishlist tak habis habis..makin panjang ada la..semua cerita best

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi..memang tak habis tengok sampai ada yg lupa pon ada..haha

      Delete
  6. haha ramai ckp best ni, tapi u sounded not happy hahaha kenapaaaaa sbb watak byk yg annoying klu jenuhhhhhh ! i pun tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takde mood nak layan drama lately ni. salah timing tengok pastu i rasa annoying giler dengan hero dia..haha

      Delete
  7. Walaupun dah habis drama ni tak sempat lagi nak tengok. Tunggu masa yang sesuai :) Trending drama ni, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trending juga la drama ni maybe sebab ada Pak Seojoon

      Delete
  8. Tak boleh nak masuk drama ini.. tak sampai ke hati.. kikiki..

    ReplyDelete
  9. sy tgk 1st episod je. lps tu trs tinggal hahahaha

    ReplyDelete