Movie Review | The Yin-Yang Master: Dream of Eternity (2020)


Title : The Ying Yang Master: Dream of Eternity
Country : China
Director : Edward Guo
Screenwriter : Edward Guo
Duration : 2 hour 12 minutes
Release Date : 25 December 2020
Network : Netflix
Cast : Mark Chao, Deng Lun, Wang Duo, Olivia Wang,
Jessie Li, Kurt Huang, Xu Kai Cheng, Sun Chen Jun

The Ying Master: Dream of Eternity diadaptasi dari novel fantasi jepun bertajuk Omyoji mengisahkan Qing Ming mendapat mandat daripada gurunya sebelum meninggal dunia untuk pergi ke bandar diraja bagi menghalang kejahatan evil serpent yg akan bangkit akibat ketamakan manusia.


Qing Ming (Mark Chou) digelar juga sebagai Yin Yang Master, semasa tiba di bandar tersebut bertembung dengan Master Boya (Deng Lun).  mereka berlawan kerana Boya sangat anti dengan demon tapi Qing Ming pula melindungi demon. bagi Qing Ming, demon pun macam manusia yg ada hati dan perasaan.

kemudian baru Qing Ming dan Boya menyedari mereka mempunyai misi yang sama iaitu  melindungi bandar tersebut daripada kebangkitan evil serpent. selain Qing Ming dan Boya, ada dua orang lagi master yg akan join mereka iaitu Long Ye (Jessie Li) dan Hong Ruo.


belum sempat memulakan misi mereka, Master Hong Ruo dah mati dibunuh. He Shouye (Wang Duo) yg merupakan Imperial Priest diarahkan untuk menggantikan tempat Hong Ruo.

bila berlaku pembunuhan lagi susah nak percaya dengan orang sekeliling mereka. Boya syak Shouye adalah pembunuh tapi Qing Ming merasakan Princess Zhang Ping adalah dalang sebenar.


Qing Ming rasa yang Long Ye dah tahu kebenaran dan cuba bagitahu Qing Ming sesuatu sebelum Long Ye meninggal dunia. Qing Ming syak dan yakin Princess Zhangping cuba bangkitkan evil serpent.

disebabkan Qing Ming dan Boya tak sependapat mereka cuba selesaikan masalah ini dengan cara tersendiri dan cuba menghalang kebangkitan syaitan tersebut.


sebenarnya aku tengok filem ni pun sebab Mark Chao dan Deng Lun, bila tengok terus rasa kagum dengan cgi, cinematography yg cantik. pendek cakap kualiti filem ni memang terbaik. cuma jalan cerita agak lemah, ada loopholes dan buat aku confius juga. 

kalau tengok dari trailer memang director banyak fokus pada fighting scene. part lawan tu memang mantap habis. kalau jenis yg suka melayan filem misteri fantasi dan action maybe korang akan suka dengan filem ni.

Post a Comment

13 Comments

  1. Cik TK ada tengok trailer, macam best! Tapi kat netflix je eh?

    ReplyDelete
  2. movie ni in the list sbb dua main male ! hahaha

    ReplyDelete
  3. Ritu tengok intro, pahtu adik kata slow namati, terus tak tengok dah. Haha Nanti ada masa kita try tengok lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang slow giler, saya pun ambil masa berhari2 nak habiskan cite ni..hahaha

      Delete
  4. Trailer macam best.... tapi tengok 5 minit pertama je...lepas tu tengok citer lain ah

    ReplyDelete
  5. ada tengok trailer dia dekat netflix, visual dia stunning habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. visual dia memang terpegun habis tapi jalan cerita slow giler

      Delete
  6. Layan sebab hero dia, pastu dia punya scene lawan-lawan ohsem.. Pastu filem dia cantik.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinematography memang cantik, scene lawan pun mantap, acting daebak tapi jalan cerita slow giler..hahaha

      Delete
  7. biasa yg msk netflix ni cerita hebat2 belaka...

    ReplyDelete