Review Drama | Alice in Borderland (2020)

Review Drama | Alice in Borderland (2020)

Title : Imawa no Kuni no Alice
Another Title : Alice in Borderland
Director : Shinsuke Sato
Screenwriter : Yasuko Kuramitsu
Network : Netflix
Aired : 10 December 2020
Episodes : 8
Duration : 40 minutes
Cast : Yamazaki Kento, Tsuchiya Tao, Machida Keita, Morinaga Yuki, Murakami Nijiro, Asahina Aya, Misaki Ayome, Kaneko Nobuaki, Aoyagi Sho, Sakurada Dori


aku tahu drama ni lepas tengok movie Yamazaki Kento, menarik juga jalan cerita yg diadaptasi daripada manga series Imawa no Kuni no Alice karya Haro Aso. drama ni sangat pendek, aku berjaya marathon dalam masa sehari.

Alice in Borderland mengisahkan tiga sahabat yg terperangkap dalam satu dunia yg mana mereka cuma ada dua pilihan sama ada mati atau main game untuk teruskan hidup.

Alice in Borderland

Ryohei Arisu (Yamazaki Kento) seorang penganggur yg terlalu obsess dengan game dan langsung tak ambil serius dengan masa depannya. suatu hari Arisu kena membebel dengan bapa dan abangnya sebab tak pergi interview kerja, bengang juga bila dikatakan sebagai parasite yg menyusahkan keluarga.

hari tu macam bad day untuk Arisu dan kawan baiknya. Karube (Machida Keita) berhenti kerja sebab ada skandal dengan kekasih bos dia, Chota (Moringa Yuki) pula ponteng kerja sebab takde mood.  terus masing-masing setuju nak jumpa di Shibuya lepas Arisu mesej.

waktu lepak tu mereka ada buat masalah dan lari bersembunyi dalam tandas untuk mengelak ditangkap polis. bila keluar dari tandas tu masing-masing terkejut bila tengok Shibuya yg dipenuhi umat manusia tiba-tiba kosong dan sepi. mereka tertanya-tanya kemana semua orang menghilang.

sebenarnya curious juga macam diorang shoot drama ni dengan tokyo yg sesak boleh jadi kosong  macam bandar hantu rupanya memang guna cgi. terbaiklah sebab cgi dan set drama dia memang nampak real sangat.

Alice in Borderland

waktu tu baru Arisu, Karube dan Chota sedar yg mereka terperangkap dalam survival game dan terpaksa main game untuk teruskan hidup. peraturan dalam game ni mereka perlu selesaikan semua tugasan untuk menamatkan permainan. jika berjaya, mereka akan dapat visa untuk hidup lagi tiga hari dan mereka perlu main game seterusnya sebelum visa mereka tamat tempoh.

sebenarnya bukan Arisu dan kawan-kawan dia saja yg terperangkap dalam dunia tersebut tapi ramai lagi. sepanjang permainan macam-macam la perangai orang yg mereka jumpa, ada yg selfish guna orang lain untuk survive, ada juga yg baru kenal tapi sanggup berkorban antara satu sama lain.

paling meyedihkan bila Arisu kehilangan Chota dan Karube dalam satu permainan. waktu tu cuma seorang saja boleh survive tapi Chota dan Karube rela berkorban dan biarkan Arisu terselamat. aku suka Karube ni, sedih kot bila dia mati awal..huhu

Alice in Borderland

misi Arisu sekarang adalah untuk mencari Beach sebab itu hint yg Karube terjumpa dalam game sebelum itu, mungkin juga Beach adalah penamat survival game ini. Arisu kemudiannya bekerjasama dengan Usagi (Tsuchiya Tao) seorang climber dan mereka berjaya menemui Beach. 

tapi apa yg mereka jumpa adalah Beach tu sebenarnya organisasi yg Hatter buat sebagai paradise untuk orang terperangkap dalam survival game ni. dalam dunia ni takde power supply, kereta pun tak boleh bergerak sebab minyak takde. bila join Beach ni semua tu disediakan, tak payah nak stress sebab boleh parti 24 jam.

sebagai balasan, mereka kena main game dan kad yg mereka dapat tu kena bagi Hatter kononnya kalau dapat kumpul semua kad mereka boleh keluar daripada dunia tersebut. Arisu dan Usagi tak ada pilihan terpaksa join Beach juga kalau tidak nyawa mereka yg melayang.


jalan ceritanya memang menarik, empat episode pertama tu my favourite sebab boleh nampak potential yg ada pada watak utama. Arisu yg dikatakan useless cuba guna skill yg dia ada untuk fikir macam mana nak selesaikan game. Usagi pula sangat strong dan boleh survive tanpa perlu depend kepada orang lain. omg aku suka giler lakonan Tao dalam drama ni.

tapi bila mereka sampai ke Beach aku dah start bosan bila banyak sangat politik dalam Beach. puak ni terpecah dua iaitu Boss Hatter dan puak militan yg mahu jatuhkan Hatter. bila keadaan makin tak terkawal terserlah perangai masing-masing yg gila kuasa, selfish dan nyawa manusia macam tak nilai di mata mereka.

dalam 4 episode akhir tu tak highlight sangat pada watak wanita, Usagi yg nampak strong di awal cerita lebih banyak depend kat Arisu bila masuk Beach. Shibuki yg di awal cerita tu cuma tahu guna body untuk dapat apa yg dia mahu. aku suka juga dengan Kuina, best tengok dia fight.

Alice in Borderland

walaupun ada part yg aku tak suka tapi jalan cerita memang menarik, bila diorang main game memang tak boleh nak teka apa yg akan berlaku, dah la game dia tricky betul, lepas tu sorang pun tak boleh percaya konon kawan tapi sekelip mata boleh khianat, hati manusia kan mana nak boleh teka.

part yg aku teka betul memang dalam game ni tak ada jalan keluar. walaupun Arisu dan Usagi dapat jumpa mastermind game tapi macam tak berbaloi bila jumpa manusia psiko yg seronok tengok manusia struggle dan bergaduh sesama sendiri untuk survive, bak kata Kuina lebih baik kalau alien yg muncul.

kalau nak tahu berjaya ke tidak Arisu keluar daripada survival game ni kena tunggu season 2, itupun belum confirm lagi. yg pasti drama ni tak sesuai untuk budak sekolah sebab awal lagi dah rate 18 tahun ke atas.

Post a Comment

25 Comments

  1. Menarik ni. Boleh masuk dlm watching list ni. Salam kenal. Jemput ke blog saya, ada buat contest giveaway. https://tangangebu27.blogspot.com/2020/12/blogger-giveaway-jute-bag-aeon-voucher.html

    ReplyDelete
  2. dah tengok gak, memang cerita dia best dan lain dari yang lain..suka apa yang diorang cuba nak bawa dalam cerita ni, tapi tu lah ada pulak scene yang tak perlu ada...actually tak payah pun ada benda gitu, cerita ni boleh pergi jauh..

    rasa macam ada sambungan kan..sebab belum habis lagi tu..ade cabaran baru lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best drama ni tapi itulah ada pula scene tak senonoh yg sepatutnya tak perlu ada pun.
      rasanya ada season 2 tapi kena tunggu diorang confirm dulu la kak sun :)

      Delete
  3. i mmg skip smua spoiler sbb nk tgk sniri .. penuh dlm twitter hahaah

    ReplyDelete
  4. sis kalau tengok cerita camni sure emo teruk. lagi bila ada watak pyscho. hehe

    ReplyDelete
  5. okay malam ni nak tengok! ramai yang cakap best tapi kite ni kalau tengok yang seasonal kalau tak best mulalah skip. hahaha takpe malam ni kita try tengok ya

    ReplyDelete
  6. Alahai.. ada seasons 2 ke.. Baru plan nak tengok.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. this seems like such a great movie to watch. adding this to my watch list :)

    ReplyDelete
  8. Dah tgk mmg best. Sedih episode 3 sbb kawan baik dia mati

    ReplyDelete
  9. Best juga tengok cerita alternate reality ni kadang2. Janji lakonan dan plot dia believeable.

    ReplyDelete
  10. Haritu nampak jugak series ni trending dekat Netflix tapi nak rest jap daripada series haha konsep series ni lebih kurang dengan movie Escape Room lah

    ReplyDelete
  11. Belum tengok lagi ni.. sebab tengah nak habiskan The Guest tu dulu.. nampak menarik aje..

    ReplyDelete
  12. It has been a while since the last time i watched Japanese drama, thanks for the review i will check out when i have time.

    ReplyDelete
  13. wow tentu thrill tengok citer macam ni. biasanya sakit perut bila mama tgk cite gini

    ReplyDelete
  14. Nel suke filem genre macam ni.. sure tense giler tengok sebab mereka kena pilih to survive or die.. Thanks sis for the recommendation and review..

    ReplyDelete
  15. siri ni dah masuk dalam list utk sy tengok nanti. nak habis kan the crown dulu. hehe

    ReplyDelete
  16. Tkde netflix. Ni yang buat nak langgan ni. Lama dah tak layan drama jepun ni

    ReplyDelete
  17. Fuhhh... Tonton trailer pun dah teruja! Baca review jalan cerita dia best dan kita suka movie bersiri yang tak berapa panjang camni.

    ReplyDelete
  18. Jangan marah tau. Rawlins scroll laju-laju sebab taknak baca - kendian nak layan online hahaha

    ReplyDelete
  19. yamazaki kentoooo i suka semua movie dia omg patut tk pernah tgok baru lagi nii

    ReplyDelete
  20. ohh yang ni Japan punya drama ya.. sekali nampak dekat Neflix tapi sebabkan busy tengok anime so sampai skrg belum tertengok. bole jgk ni masukkan dlm que list hehehe

    ReplyDelete