Telemovie : Iman Hakiki
Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : Astro Oasis
Tayangan : 29 Oktober 2020
Pelakon : Hisyam Hamid, PU Azman, Dato Rahim Razali, Atita Haris,
Ruminah Sidek, Zaidi Omar

Telefilem Iman Hakiki yg ditayangkan di Astro Oasis adalah bersempena Maulidur Rasul mengisahkan Iman seorang musafir yg singgah untuk bermalam beberapa hari di masjid.

Iman (Hisyam Hamid) hairan melihat masjid yg begitu cantik tersergam indah tapi sayang sangat sedikit bilangan jemaahnya. kehadiran Iman di situ menjadi tanya tanya juga tentang tujuan sebenar dia bermusafir.

keadaan ini disebabkan bilal masjid iaitu Kamal (PU Azman) meletakkan pelbagai peraturan seperti tidak membenarkan orang luar bermalam dan kanak-kanak tidak dibenarkan berjemaah sekali di ruang solat malah pintu masjid dikunci selepas selesai solat jemaah.


Iman tidak mahu melihat keadaan masjid berterusan begitu cuba menegur Bilal Kamal dan Iman juga turut memberi cadangan supaya masjid tersebut diimarahkan dengan pelbagai program menarik untuk menarik golongan muda datang ke masjid.

Bilal Kamal tidak suka Iman sebagai orang luar mencampuri urusan masjid tersebut. Bilal juga tidak senang melihat Iman rapat dengan Maimunah kerana Bilal sudah lama berhasrat untuk meminang Mai. disebabkan hal tersebut, Bilal telah memfitnah Iman mencuri duit tabung masjid tersebut.


sebelum ini dah pernah nampak PU Azman  atau Cik Man berlakon dalam drama di Astro, selalunya watak yg dibawa Cik Man tak lari daripada imejnya sebagai pendakwah tapi kali ini tetap dengan imej yg sama tapi bilal yg riak, gila kuasa pendek cakap sejenis penunggang agama. seriusly menyampah giler dengan watak bilal Kamal ni.

tapi aku macam tak puas hati ending dia semua baik sangat dan bilal Kamal pun dah sedar kesilapan sendiri padahal apa yg dia buat pada Iman tu satu jenayah juga.

walau bagaimanapun telemovie Iman Hakiki penuh dengan pengajaran dan tauladan. apa yg ditunjukkan dalam cerita ini mengambarkan realiti sebenar yg belaku dalam masyarakat kita sekarang. masjid dibina dan dihias cantik tapi tak ramai pun jemaahnya, ada musafir nak tumpang pun dah dipandang sinis sebab takut mereka ni ada niat untuk melakukan kerosakan pada masjid.