Review Telefilem | Iman Hakiki (2020)


Telemovie : Iman Hakiki
Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : Astro Oasis
Tayangan : 29 Oktober 2020
Pelakon : Hisyam Hamid, PU Azman, Dato Rahim Razali, Atita Haris,
Ruminah Sidek, Zaidi Omar

Telefilem Iman Hakiki yg ditayangkan di Astro Oasis adalah bersempena Maulidur Rasul mengisahkan Iman seorang musafir yg singgah untuk bermalam beberapa hari di masjid.

Iman (Hisyam Hamid) hairan melihat masjid yg begitu cantik tersergam indah tapi sayang sangat sedikit bilangan jemaahnya. kehadiran Iman di situ menjadi tanya tanya juga tentang tujuan sebenar dia bermusafir.

keadaan ini disebabkan bilal masjid iaitu Kamal (PU Azman) meletakkan pelbagai peraturan seperti tidak membenarkan orang luar bermalam dan kanak-kanak tidak dibenarkan berjemaah sekali di ruang solat malah pintu masjid dikunci selepas selesai solat jemaah.


Iman tidak mahu melihat keadaan masjid berterusan begitu cuba menegur Bilal Kamal dan Iman juga turut memberi cadangan supaya masjid tersebut diimarahkan dengan pelbagai program menarik untuk menarik golongan muda datang ke masjid.

Bilal Kamal tidak suka Iman sebagai orang luar mencampuri urusan masjid tersebut. Bilal juga tidak senang melihat Iman rapat dengan Maimunah kerana Bilal sudah lama berhasrat untuk meminang Mai. disebabkan hal tersebut, Bilal telah memfitnah Iman mencuri duit tabung masjid tersebut.


sebelum ini dah pernah nampak PU Azman  atau Cik Man berlakon dalam drama di Astro, selalunya watak yg dibawa Cik Man tak lari daripada imejnya sebagai pendakwah tapi kali ini tetap dengan imej yg sama tapi bilal yg riak, gila kuasa pendek cakap sejenis penunggang agama. seriusly menyampah giler dengan watak bilal Kamal ni.

tapi aku macam tak puas hati ending dia semua baik sangat dan bilal Kamal pun dah sedar kesilapan sendiri padahal apa yg dia buat pada Iman tu satu jenayah juga.

walau bagaimanapun telemovie Iman Hakiki penuh dengan pengajaran dan tauladan. apa yg ditunjukkan dalam cerita ini mengambarkan realiti sebenar yg belaku dalam masyarakat kita sekarang. masjid dibina dan dihias cantik tapi tak ramai pun jemaahnya, ada musafir nak tumpang pun dah dipandang sinis sebab takut mereka ni ada niat untuk melakukan kerosakan pada masjid.

Post a Comment

17 Comments

  1. tgk poster i igt syafiq kyle yang berlakon heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun memula ingat syafiq kyle bila tengok poster tu..haha

      Delete
  2. lain muka hisyam hamid bila ada misai. Nak tengok la nanti sebab ada cik man haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tengok cik man jadi jahat dalam telemovie ni..haha

      Delete
  3. Cerita Rashid Sibir biasanya mmg tak mengecewakan

    ReplyDelete
  4. serius hisyam hamid rupanya....
    sbb tgk poster fikir..siapa pelakon dia ni ek..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain macam muka dia bila ada misai dan jambang tu..haha

      Delete
  5. Wahhh ada atita haris. Poster tu Ai ingatkan syafiq kyle.

    ReplyDelete
  6. Lain macam ye hisham hamid ada misai. Kenapa tak pernah nampak pun iklan cerita ni haha. Macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok ni pun sebab asyik muncul kat youtube citer ni, tengok je la..hehe

      Delete
  7. baru tengok sikit. tak tengok habis lagi.

    ReplyDelete
  8. ala terlepas plak cerita ni. Ni PU Amin jadi jahat. haha ada tengok di komen kt twitter. first time jadi belakon jadi jahat

    ReplyDelete
  9. Best jalan cerita dia. Tapi tak tengok plak.

    ReplyDelete
  10. cerita yang berlaku dalam realiti masyarakat..

    ReplyDelete