Review Movie | Bikin Filem (2020)

Review Movie | Bikin Filem (2020)

Filem : Bikin Filem
Produksi : Empire Film Solution
Pengarah : Latiff Zami
Siaran : Astro First
Tayangan : 5 November 2020
Durasi : 70 minit
Pelakon : Azhan Rani, Sherry Alhadad, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah. Zain Hamid, Azhar  Sulaiman, Mark Adam Azrel Ismail, Scha Alyahya, Erra Fazira

Bikin Filem ini baru sahaja ditayangkan di Astro First pada 5 November 2020 mengisahkan Khaty (Sherry Alhadad) bekas pelakon popular yg ingin menerbitkan filem menggunakan duit pampasan selepas bercerai dengan suaminya. 

Khaty meminta Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. sepanjang pembikinan filem, pelbagai masalah yg dihadapi Rahim G dan kru produksinya.

Review Movie | Bikin Filem (2020)

kalau tengok trailer nampak macam gempak giler dan barisan pelakon pun semua hebat belaka. tapi tak maknanya semua itu kalau plot pun bersepah. watak utama sebenarnya Azhan Rani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah dan Sherry Alhadad yg lain tu cuma sebagai penyeri sahaja. 

Bikin Filem secara ringkasnya nak tunjuk macam mana kru belakang tabir filem buat kerja dan secara tak langsung mengkritik orang dalam industri tapi rasanya macam kritik kat diri sendiri je. kononnya nak hasilkan karya agung terhebat tapi cara kerja pun berserabut, macam mana dengan filem yg dihasilkan Rahim G?

secara jujurnya tak rasa berbaloi sangat tengok Bikin Filem melainkan kalau korang tengah rasa bosan sampai tak tahu nak tengok cite apa bolehlah try tonton.

Post a Comment

10 Comments

  1. tgk santai boleh la.. time drive atau time makan nasi... klu filem2 malay ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. time santai ni i lagi suka layan drama luar drpd tengok filem melayu..haha

      Delete
  2. Alamak.. bila caca marba memang tak bestlah nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer ni spatutnya buat telemovie je kak sha. tak patut dijadikan filem..

      Delete
  3. huuurmmm promosi kena gempak.. itula content kena sama naik kan.. baru orang yang tngk rasa puas spend masa tngk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..walaupun citer dia pendek rasa tak berbaloi tengok..

      Delete
  4. Tu lah, cerita dia macam sampai tak sampai hahaha

    ReplyDelete
  5. kalau sherry berlakon kompem best ni

    ReplyDelete
  6. Padahal tadi saya kira bakal bagus kak :D. Dan nak cari buat nonton. Tapi Krn akak bilang tak bagus, ya sudahlah, cari film Malaysia yg lain :D. Dah lama saya tak nonton Malaysian movie. Dulu sesekali Ama teman college di Penang, pergi nonton kalau ada yg baru. dah lama dah... Tapi kalo mau jujur, tujuan saya nonton film Melayu dulu, Krn nak lebih paham bahasa Melayu yang non formal atau yg sering dipakai sehari2 lah. Dulu pas kuliah, memang college pakai bahasa Inggris, tapi teman2 saya banyak yg Melayu dan kadang saya suka bingung dengan diorang bicara istilah tertentu :p. Itulah kenapa dulu saya rutin nonton film Melayu, dan beli novel2 Melayu. Ada kata yg saya tak paham, saya tanya dengan teman Melayu saya :D. Alhamdulillah walo tak lancar bicara, tapi saya jadi paham kalo teman cakap cepat :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu cuma pendapat saya, sebenarnya banyak lagi filem malaysia yang best tapi yang ini tak masuk dengan jiwa saya..hehe

      Delete