Review Drama Korea | Do Do Sol Sol La La Sol (2020)


Title : Do Do Sol Sol La La Sol
Director : Kim Min Kyung
Screenwriter : Oh Ji Young
Network : KBS / Netflix
Aired : 7 October 2020 - 26 November 2020
Episodes : 16
Duration : 65 minutes
Cast : Go Ara, Lee Jae Wook, Kim Joo Heon, Shin Eun Soo, 
Ye Ji Won, Lee Soon Jae, Yoon Jong Bin


Rara buat keputusan untuk berhenti main piano dan bersuka ria dengan hidupnya selepas tamat kolej. bapanya ada perniagaan sendiri jadi tak hairanlah kalau hidup Rara macam princess tak payah nak fikir apa sebab semuanya bapa dia yg sediakan.

Suatu hari, Rara akan dikahwin dengan lelaki pilihan bapanya tapi pada hari perkahwinan pengantin lelaki pula lari tinggal Rara tercenggang kat dewan tu. kemudian Rara dapat tahu yg perniagaan bapanya dah bankrupt sehingga bapanya diserang sakit jantung lalu meninggal dunia.

dalam sekelip mata hidup Rara berubah. berbekalkan duit yg diberi setiausaha bapanya, Rara menyewa sebuah rumah malangnya kena tipu dengan agent. habis lesap duit dalam simpanan Rara.


Rara yg tiada arah tuju membuat keputusan pergi ke Eunpo untuk bertemu Do Do Sol Sol La La Do aka Mr Twinkle Twinkle. ada pemilik akaun Do Do Sol Sol La La Do selalu tinggal mesej di ig Rara si Rara ingat maybe Mr Twinkle ni kenal bapa dia.

malangnya Rara tidak dapat berjumpa Mr Twinkle kerana kemalangan dengan Jun dan terpaksa tinggal di hospital beberapa hari. sepanjang di hospital Jun yg jaga Rara padahal Jun tu yg dilanggar Rara dan tak pernah kenal pun sebelum ini. tak pasal juga Jun kena pinjamkan duit pada Rara untuk bayarkan semua bil memandang Rara langsung tak ada duit.

Rara ikut Jun lepas keluar hospital dan melalui Jun  juga Rara kenal ramai orang yg baik hati yg banyak menolong dia untuk mulakan hidup baru.


watak Rara dalam drama ni sangat comel, hidup dia nampak happy, tak payah nak fikir apa sebab semuanya diuruskan oleh ayahnya. sekali bila ayah meninggal nampak yg dia susah nak adapt dengan situation sampailah jumpa Jun. awal tu memang nampak dia terlalu bergantung pada Jun untuk mulakan hidup baru.

tapi yg buat aku suka bila tengok progression watak Rara, daripada hidup tak ada arah tuju sampailah dia boleh berdikari dan berjaya buka akademi piano sendiri. dengan bantuan orang sekelilingnya Rara belajar banyak benda baru setiap hari.


Jun pula walaupun miskin tapi dia bekerja keras cari duit untuk penuhi setiap impian Rara. cara Jun jaga Rara dan protect Rara aishh memang buat akak cair dengan si Jun ni. memang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman wanita.

masalahnya Jun ni terlalu misteri, tiada siapa pun tahu siapa Jun sebenar so daripada hint yg ada boleh teka yg dia ni anak somebody tapi tak tahu apa masalah Jun sampai lari daripada keluarga sendiri.

apa yg boleh watak Jun nampak terlalu matang daripada usia sebenar. in real life, memang payah benar nak jumpa laki perfect macam Jun.


selain Rara dan Jun, banyak lagi watak dalam drama ni yg best dan menceriakan keadaan. Dr Cha yg crush dengan Rara, Ha Young yg minat pada Jun tiba-tiba rasa tercabar dengan kemunculan Rara.

yg banyak aku tergelak dengan geng ahjumma yg selalu melepak di kedai mak Hayoung. macam-macam topik yg diorang dok membawang tapi yg tak boleh blah bila diorang buat teori setiusaha bapa Rara belot dan kebas semua duit. aku pun boleh terpercaya dengan teori ahjumma ni padahal orang tu tak bersalah pun.


yg bestnya pasal drama ni, tak boleh nak teka jalan ceritanya. ada satu episode baru tahu yg Rara sebenarnya ada stalker dan tak pasal aku syak Dr Cha iyelah Dr Cha ni misteri juga macam Jun. tertanya-tanya juga apa motif dia pindah dari Seoul ke situ. satu lagi persoalan siapa sebenar Do Do Sol Sol La La Do yg dicari Rara itu. penat tau berteka-teki tengok drama ni.

drama ni comel dan kelakar tapi dua episode yg last tu memang sedih bila Jun kena ikut kemahuan orang tua dia tapi ada rahsia yg buat Jun terpaksa berpisah dengan Rara tapi jangan risaulah sebab happy ending.

cuma aku tak puas hati sikit kat ending dia bila penulis tak bagitau kemana Jun pergi dalam tempoh masa tu, kenapa mak Jun tipu Rara. why? sangat tak puas hati sebab Jun dah hilangkan diri tiba-tiba muncul balik tanpa alasan yg munasabah terus habis macam tu je. sayang juga drama best tapi sloppy ending.

Post a Comment

24 Comments

  1. Cerita Korea ni biasanya kita tak boleh nak agak apa jalan cerita dia kan :)

    ReplyDelete
  2. cerita korea ni best jee sebab berbeza ngan cita melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite melayu sokmo dah boleh teka jalan cerita dia..haha

      Delete
  3. oo cerita ni la kawan woo young dalam 18 Again tu berlakon. Ada kawan tengok pun katanya sedih jugak drama ni. nak tengok tapi busy nau

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang dua episode last tu sedih giler tapi happy ending :)

      Delete
  4. uniknya nama tauk kdrama ni hehe

    ReplyDelete
  5. hidup bagaikan puteri, lepas tu tiba2 jadi susah... how nak lalui eh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah biasa harapkan orang lain tetiba nak berdikari memang struggle la tapi nasib baik Rara ni boleh je masuk dengan orang sekeliling dia..

      Delete
  6. suka Go Ara.. muka dia cantik classic heheh..
    citer ni KIV dulu nanti baru tngk.. banyak sngt list yang belum tngk..

    ReplyDelete
  7. uniknya nama drama ni , ish kesian rara semua jadi mcm tu serentak . dahlah baru kena tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene yg dia kena tinggal tu memang kelakar tapi sebenarnya kesian kot lepas satu, satu masalah lagi dia nak kena hadap.

      Delete
  8. Kesiannya hidup Rara tapi tu lah nasib keluarga kaya kalau tiba-tiba jatuh miskin, memang susah nak adapt. Misteri sangat ea watak Jun tu haha sampai dekat ending pun tak terjawab. Ada season 2 kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama korea jgn mengharap sgt diorang akan buat sambungan.
      sebenarnya awat tu memang dah terjawab siapa jun ni sebenarnya tapi kat last episode tu dia hilang tiba-tiba muncul balik terus tamat. macam eh gitu je habis.

      Delete
  9. nampak gak drama ni kat netflix tapi belum tergerak hati nak add to my list..masalahnya banyak benar drama baru..tak terkejar da..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tengok semua tu memang tak sempat cik Sun..hahaha

      Delete
  10. 16 episod ni boleh layan ni. cam best je ceritanya.

    ReplyDelete
  11. best plak baca review awak ni. hehe.

    ReplyDelete
  12. drama kalau ada geng ahjumma yang kepochi mesti jadi seronok.. boleh masuk list ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..terhibur bila scene diorang membawang..haha

      Delete
  13. Best2. masuk lagi dalam list cerita nak tengok.

    ReplyDelete