Review Chinese Drama | My Unicorn Girl (2020)


Title : My Unicorn Girl
Director : Yu Zhong Zhong
Network : iQiyi
Broadcast Date : 23 August 2020
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Genres : Romantic comedy, Youth, Sport
Cast : Sebrina Chen, Darren Chen, Vivian Sung, Li Jiu Lin,
Ao Ziyi, Miranda Ma, Dai Yaqi


Sang Tian seorang gadis yg bertuah dan juga atlet peluncur ais yg menyimpan impian untuk masuk Liuye Sports University, universiti yg sama ibunya belajar. Sang Tian berjaya dalam ujian kemasukan walaupun tidak dapat mempamerkan rutin yg sempurna.

ramai yg tak tahu, Sang Tian ada satu lagi identiti iaitu pemain hoki ais pasukan lelaki. dia join ni untuk part time sebab nak cari duit lebih untuk tampung kehidupan dia dan adiknya selepas kematian ibu bapa mereka.


Sang Tian tak sebulu dengan Wen Bing yg juga seorang pemain hoki ais ygg hebat. suatu hari, mereka bedua ter-kiss secara tak sengaja dan sejak dari itu semua tuah Sang Tian hilang. Sang Tian dihalau keluar dari rumah sewanya dan paling menyedihkan bila kelayakan dia ke Liuye University ditarik balik. Sang Tian terpaksa cari Wen Bing untuk betulkan balik keadaan. 

sewaktu trial match ice hockey, Wen Bing tarik Sang Tian join team dia dan ramai tak sangka yg Sang Tian boleh main jurulatih mereka pun kagum dengan permainan Sang Tian. 

unexpectedly, Sang Tian terpilih join pasukan lelaki hoki ais Liuye University padahal dia tak apply pun. Sang Tian pula bila fikirkan dia tak ada tempat tinggal dan ini sahaja peluang yg dia ada untuk capai impian dia, Sang Tian terima dan terpaksa menyamar sebagai lelaki.


Wen Bing sebenarnya ada masalah face blindness atau prosopagnosia tapi terpaksa sembunyikan perkara ni takut akan menjadi penghalang untuk dia bermain hoki ais. macam satu miracle juga, bila ter-kiss Sang Tian tu, Wen Bing boleh nampak muka Sang Tian sorang je so dia jadi excited nak berkawan dengan Sang Tian tapi tak tahu Sang Tian tu perempuan.

time hari pendaftaraan, Wen Bing secara tak sengaja dapat tahu identiti sebenar Sang Tian. Wen Bing cuba nak betulkan balik keadaan sebab takut Sang Tian susah nak survive dalam male team tapi dah terlambat. 

apa yg boleh Wen Bing buat ialah protect Sang Tian dan jadi roomate Sang Tian. Wen Bing ni agak kerek juga dan selalu buli Sang Tian tapi Sang Tian tak tahu yg Wen Bing ni banyak tolong dia dalam diam.


satu lagi benda yg Sang Tian tak tahu kalau dia kembali ke identiti perempuan, Wen Bing sebenarnya boleh cam dia. iyelah Wen Bing boleh nampak muka dia seorang je kot menyamar macam mana pun Wen Bing still boleh tahu cuma dia buat-buat tak kenal.

drama ni memang comel. suka tengok si Wen Bing buli Sang Tian tapi dalam diam caring giler. suka tengok si Darren Chen ni berlakon. kalau sebelum ni dia berlakon dalam drama Meteor Garden versi chinese. hopefully boleh tengok dia berlakon dalam drama yg lebih matang sikit.

aku maraton drama ni sampai episode 15 lepas tu decide untuk drop. why? drama ni bukan untuk aku..haha. bila tengok drama ni teringat citer Sungkyunkwan Scandal. tapi siapa yg suka drama remaja bolehlah tengok drama My Unicorn Girl.

Post a Comment

4 Comments

  1. aa i suka laki yg jenis tsundere ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama..hahaha
      ikutkan dari awal nak give up tapi i suka watak si Wen Bing ni, layan je lah kejap :D

      Delete
    2. then end up best kan, hehehehe laki tsundere ni mostly mmg sngt la romantic hahaha

      Delete
  2. Drama remaja ek.. Nampak gayanya kena skip lah sebab kak sha dah tak berapa nak remaja.. hehehe..

    ReplyDelete