Love Between Lines (2026) | Review Chinese Drama

Love Between Lines (2026) | Review Chinese Drama

Title : Love Between Lines
Episodes : 28
Duration : 45 minutes
Network : iQiyi
Cast : Cheng Xi Xu, Lu Yu Xiao, Dai Xu, Kido Ma, Li Ting Ting, Wang Ting

SYNOPSIS
Xiao Zhi Yu and Hu Xiu first met during a murder mystery game. Set in Republic of China-themed scenarios, they assume fake identities and act out fictional plots, yet both grow curious about each other’s real-life personas. Then, in real life, Xiao Zhi Yu and Hu Xiu also meet as if destined by fate. From there, the story unfolds in dual narratives—one following the fictional plot of the murder mystery game, the other depicting their real-life encounters. Amidst the interplay of illusion and reality, the pair soon come to understand their true feelings. Now will they find their way to each other, and end up happily ever after?


Love Between Lines (2026) | Review Chinese Drama

Love Between Lines kisahnya Hu Xiu (Lu Yu Xiao) seorang yang sangat fokus dengan kerjanya tapi dalam masa yang sama dia sibuk dengan persiapan perkahwinannya. Tup-tup tunang dia hantar mesej nak putus pastu terus menghilangkan diri tanpa dia tahu sebab dan alasan yang kukuh. frust member sampai tak pergi kerja dan sebulan berkurung dalam rumah.

Xiao Rou, kawan baik Hu Xiu cuba bagi semangat pada Hu Xiu dan ajak dia pergi main satu game dan di situ dia jumpa Zhi Yu yang jadi NPC dalam game tersebut. Pada mulanya Hu Xiu rasa permainan ni mengarut tapi lepas terkeluar awal dari game tu, dia tekad nak balas dendam pada Zhi Yu dan menang game tersebut.

Hu Xiu tak tahu yang Zhi Yu bukan kerja tetap kat situ so setiap kali dia main game tu orang lain yang pegang watak Zhi Yu sampai dia ketagih main kat situ sebab nak jumpa dan kalahkan Zhi Yu ni.

Love Between Lines (2026) | Review Chinese Drama

Takdir mereka tak terhenti kat situ sahaja bila dalam dunia realiti pun mereka boleh berjumpa. kali ini sebagai tuan rumah dan penyewa dan seterusnya sebagai bos dan pekerja.

Selepas apa yang terjadi dalam hidupnya, Hu Xiu tekad nak kejar balik cita-cita dia sebagai arkited dan kerja dalam bidang tersebut. namun semuanya bukan mudah bila dia terpaksa bermula dari bawah dan pengalaman kerja dia sebelum ni langsung tak ada kena mengena dengan bidang arkitek.

Hu Xiu ada masalah kewangan so dia buat keputusan untuk sewakan bilik kosong dalam rumah dia. kebetulan Zhi Yu pula tengah cari rumah kat kawasan perumahan Hu Xiu untuk cari inspirasi bagi projek dia. Dalam game tu pun diorang tak ngam so jadi drama juga time nak buat urusan sewa menyewa ni.

Love Between Lines (2026) | Review Chinese Drama

Hu Xiu gagal dalam temuduga kerja dia sebagai arkitek sebabnya dia tak ada pengalaman kerja dan dia juga bukan fresh graduate lagi. tup-tup dia dapat kerja kat satu syarikat ni yang merupakan syarikat idaman dia juga. paling mengejutkan bila tahu penyewa dia tu rupa-rupanya bos dia. kau rasa..haha

biasalah dari dok bergaduh tu slowly jadi rapat pastu terjatuh cinta. cumanya Zhi Yu terpaksa nafikan perasaan dia pada Hu Xiu sebab dia ada misi nak membalas dendam pada bapa tirinya. Zhi Yu percaya yang bapa tirinya punca projek bapa dia gagal dan letak semua kesalahan pada bapanya sehingga bapa dia meninggal dunia.

Love Between Lines (2026) | Review Chinese Drama

drama ni macam healing pun ada juga pastu aku suka tengok perkembangan watak Hu Xiu yang berani untuk kejar cita-cita dia walaupun orang cakap benda tu mustahil, tapi at the end dia berjaya buktikan yang dia mampu untuk capai impian dia.

Watak Zhi Yu ni pula agak kesian sebab lepas bapa dia meninggal, emak dia kahwin lain pastu tak peduli sangat kat dia. kesian sebab dia fight sorang-sorang untuk bersihkan nama baik bapa dia.

walaupun kat hujung-hujung banyak juga konflik tapi overall best juga layan drama ni sebab suka tengok chemistry Zhi Yu dan Hu Xiu dan plot cerita dia pun menarik.

Post a Comment

0 Comments