Anak Pak Ustaz mengisahkan Shahril (Amir Nafis) seorang anak yang patuh dan taat dengan kedua ibu bapanya tapi kalau bab kahwin, dia selalu mengelak dari dijodohkan dengan calon menantu pilihan emaknya.
Suatu hati, Shahril dirompak dan dipukul geng jahat ni kebetulan Alisya (Ayda Jebat) yang berada di tempat kejadian membantu menyelamatkan Shahril. Dari situ Shahril terjatuh hati pada Alisya dan hubungan mereka makin rapat sehingga Shahril tekad untuk melamar Alisya sebagai isterinya.
Alisya membawa Shahril berjumpa dengan ayahnya, Mahmud (Usop Wilcha) dan Mahmud terpaksa merestui hubungan mereka kerana anakya dah suka dengan Shahril.
Masalah timbul bila Mahmud terjumpa Shahril dengan ayahnya, Ustaz Husin (Roy Azman) so dari situ baru tahu yang Mahmud dan Husin merupakan kawan lama dan hubungan mereka tidak baik. dan Shahril pula baru tahu yang Mahmud ni ketua gangster. Mahmud menyuruh Alisya memutuskan hubungannya dengan Shahril.
Shahril tetap dengan keputusannya walaupun ibu bapanya tak merestui hubungan tersebut. Shahril juga setuju mengikut syarat Mahmud mejadi gangster demi cintanya pada Alisya. Adakah Shahril dan Alisya berjaya mendapatkan restu orang tu mereka?
Pendek cakap ni kisah cinta dua individu dari latar keluarga yang berbeza, seorang dibesarkan dengan kebaikan dan ajaran agama yang cukup dan seorang lagi dibesarkan dengan dunia yang banyak sisi gelap. Kebaikan dan keikhlasan Shahril yang banyak mengajar dan mengubah Alisya untuk menjadi individu yang lebih baik. Sebuah telemovie ringan yang menghiburkan dan penuh pengajaran.




0 Comments