Bukan Sang Dewi by Sasasera | Ebook Review

Bukan Sang Dewi by Sasasera | Ebook Review

Tajuk : Bukan Sang Dewi
Penulis : Sasasera
Mukasurat : 416
Penerbit : Sasasera Legacy
Terbitan : 2023

Kisah Haisha dan Aus yang melayari alam perkahwinan mereka tapi konflik utama dalam cite ni adalah ibu Aus yang tak pernah restui dan terima Haisha sebagai menantunya so isu anak selalu dibangkitkan oleh emak mertua ni.

Konflik perkahwinan mereka terjadi apabila Haisha ditangkap khalwat bersama Ghazi, Haisha minta untuk diceraikan tapi Aus tetap bertegas tidak mahu menceraikan isterinya dan percaya Haisha diperangkap.

Disebabkan Haisha terus mendesak untuk bercerai, Aus setuju tapi dengan syarat Haisha uruskan majlis perkahwinannya dengan calon menantu emaknya. Apa pengakhiran kisah mereka?

Cite ni memang pain dan sedih tapi yang sis suka hero dia sangatlah 👍👍👋. 

Walaupun Haisha buat macam mana pun, Aus tetap percayakan isterinya cuma satu je salah dia sebab tak prihatin sangat dengan konflik antara emaknya dan Haisha. maybe dia sendiri pun tak sangka emak dia bencikan Haisha sampai sanggup nak runtuhkan rumah tangga dia dan paksa kahwin dengan calon pilihan dia.

Kat hujung-hujung ada plot twist sikit. walaupun sedih tapi pengakhirannya happy ending.




“I nak cerai sebab I dah tak cintakan you, Aus. Hati I dah ada pada lelaki lain.” -Haisha Sofea-

Syed Aus Zulkarnain menerima kejutan yang tidak disangka-sangka pada malam ulang tahun kelima perkahwinannya bersama sang dewi hatinya, Haisha Sofea. Dia yang memang cinta mati pada isterinya cuba menyelamatkan mahligai perkahwinan yang mereka bina atas dasar cinta walaupun tidak mendapat restu dari bondanya.

“Kamu tahu kenapa sampai sekarang kamu belum mengandung Haisha? Sebab aku ni tiap-tiap hari berdoa yang perkahwinan Aus dengan kamu takkan pernah bahagia dan masa aku pergi umrah hari tu aku berdoa depan Kaabah supaya keturunan aku tak lahir dari rahim perempuan yang tak ada keturunan macam kamu. Aku tak rela kamu lahirkan cucu aku.” -Bonda-

“Bagi I peluang, I akan buat apa sahaja untuk selamatkan perkahwinan kita sebab I memang tak boleh hidup tanpa you. You dewi cinta hati I untuk selama-lamanya.” -Syed Aus Zulkarnain-

Namun takdir punya cerita yang berbeza bila Haisha ditangkap khalwat bersama Ghazi. Kemelut rumah tangga Aus dan Haisha makin dilanda Tsunami.

“Kalau lelaki lain I ni agaknya dah dapat talak tiga tau Aus tapi you masih tetap nak simpan isteri macam I ni dah kenapa? You tak rasa diri you dayus ke Aus? Tolonglah lepaskan I supaya I boleh bersama Ghazi dan you pula boleh bersama Syu macam yang bonda you impi-impikan selama ni.” -Haisha Sofea-

Aus cuba bertahan namun bila isterinya makin mendesak dia akhirnya buat satu keputusan gila. Entah demi dendam ataupun sekadar ingin menguji rahsia hati sebenar isterinya.

“I akan ikut cakap you tapi dengan bersyarat. I nak you uruskan semua urusan perkahwinan I dengan Syu, segala-galanya you yang kena uruskan dan I nak you ada di sisi I masa I bernikah dengan Syu. Lepas tu baru I akan lepaskan you.” -Syed Aus Zulkarnain-

“You ingat I akan terkesan ke dengan syarat you ni? I langsung tak kisah pun you nak kahwin dengan Syu. Baik I sahut cabaran you ni Aus tapi pastikan yang you akan kotakan janji you untuk lepaskan I sebaik sahaja you bernikah dengan Syu.” -Haisha Sofea-

“Kalau Aus tak mampu bahagiakan you, I akan sentiasa ada untuk you Isha.” -Ghazi-

“Syu janji akan jadi isteri yang baik untuk Abang Aus, terima kasih sebab sudi terima Syu.” – Sharifah Syuzana-

Siapa agaknya yang akan lebih terluka meniti hari perpisahan mereka? Aus ataupun Haisha?

Atau mungkin sudah tertulis yang sebenarnya jodoh Aus bersama Syu dan jodoh Haisha bersama Ghazi.

Post a Comment

0 Comments