Mutiara Dalam Debuan Kabus mengisahkan Aslin (Emma Maembong) yang ditimpa kemalangan dan hilang ingatan sebaik sedar dari koma. Aslin mendapati dia mempunyai seorang suami bernama Uzzam (Zahiril Adzim) namun suaminya sangat bencikan dirinya. Hal ini membuatkan Aslin tertanya apa yang berlaku pada dirinya sebelum ini sehingga berada dalam perkahwinan yang retak dan dibenci suami sendiri.
Semua ini bermula dengan rancangan Rahayu (Jasmin Ahmad) dan abangnya menggunakan anaknya, Aslin untuk hidup mewah dengan perangkap lelaki kaya untuk dijadikan suami.
Uzzam tahu semua ini perangkap Aslin dan keluarganya tapi dia tidak mempunyai bukti tambahan pula Aslin di bawah umur so boleh jadi dia pula yang kena report jadinya Uzzam memikirkan kesihatannya ibunya yang kurang sihat terpaksalah dia menerima Aslin sebagai isteri tapi ada perjanjian yang termeterai antara mereka berdua.
Rahayu ingat bila Aslin dah kahwin, hidupnya pun masyuk tapi Uzzam ni dah tahu perangai anak beranak ni memang takdenya dia nak tunduk nak bagi duit pada mereka. Walaupun Aslin disahkan mengandung dan anaknya itu terbukti anak Uzzam namun Uzzam tetap juga dingin membuatkan Aslin mula hanyut dengan clubbing.
Dalam perjanjian Uzzam tak boleh ceraikan Aslin dalam tempoh lima tahun so bila dah hampir lima tahun perkahwinan mereka, Rahayu tak boleh duduk diam sebab bila-bila masa sahaja Aslin bakal diceraikan Uzzam kecuali ada syarat juga iaitu kalau sesuatu terjadi pada Aslin sehingga menyebabkan kecacatan, Uzzam tak boleh ceraikan Aslin. hurmm banyak betul syaratnya semuanya semua tamakkan harta orang.
so apa lagi Rahayu tengah plan nak buat something tapi Aslin yang bimbo ni yang sebelum ni mengikut je cakap emak dia tiba-tiba termimpi something yang buat dia rasa insaf nak bertaubat sebab dok buat jahat kat suami sendiri. Aslin beritahu Rahayu yang dia nak stop semua ni dan pilih untuk bercerai plus dia takut nak pertaruhkan nyawa sendiri semata-mata harta dunia.
tapi itulah lain yang jadi apabila Aslin ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan dia hilang ingatan.
Uzzam tak terkejut sangat bila dapat berita Aslin kemalangan sebab dia boleh agak yang Rahayu akan rancang sesuatu sebab tak nak dia ceraikan Aslin cumanya Uzzam macam tak sangka dengan nyawa pun mereka boleh buat main semuanya sebab harta dunia.
so bila Aslin sedar dan hilang ingatan, payah juga Uzzam nak percaya Aslin betul-betul hilang ingatan atau sekadar berlakon. apa yang berlaku seterusnya, adakah Uzzam akan menceraikan Aslin?
kalau tengok barisan pelakon Mutiara Dalam Debuan Kabus memang best tapi bila tahu watak Aslin ni bawah umur terus spoil mood sebab rasa macam tak sesuai pula bila pelakon nampak tak berapa nak remaja untuk bawa watak remaja.
pastu vibe drama ni sangat old school dengan masing-masing tak habis kelapar harta Uzzam, kaya sangat ke keluarga Uzzam. berapa billion pelaburan syarikat dia??
Selain Aslin dan Rahaya yang nak sangat bolot harta Uzzam, Masirah (Watie Sadali) pun sama juga spesies. Masirah ni kononnya kawan baik emak Uzzam, waktu emak dah nazak sebab kanser, hari-harilah member datang melawat tapi diam-diam dok cucuk emak Uzzam macam suruh emak Uzzam tinggalkan amanat pada bapanya bernikah dengan dia kelak.
bila emak Uzzam meninggal, Masirah pun berkahwin dengan bapa Uzzam tapi Masirah dan Aslin ni memang tak ngam, asyik gaduh je kerja. Dalam diam juga, Masirah suruh anak buah dia, Nora pergi goda Uzzam. tapi hero dia ni cerdik sikit sebab dia tau je rancangan Masirah ni, iyelah dah bini dia pun perangai sama juga mestilah dah boleh baca helah Masirah dan Nora.
sebenarnya banyak juga persoalan yang menarik untuk dirungkai dalam Mutiara Dalam Debuan Kabus. Adakah Aslin dapat menemui identiti dirinya dan akan menemui kebahagiaan dalam kehidupannya?
0 Comments