Kopi & Bagel (TV1) | Review Telefilem

 Kopi & Bagel (TV1) | Review Telefilem

Kopi & Bagel sebuah telefilem romantik komedi arahan Harris Fadzillah mengisahkan Raff (Nazim Othman) dan Nea (Jaja Iliyes) yang bertemu secara tidak sengaja seterusnya mengubah perjalanan kisah hidup mereka.

Nea bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran malangnya dibuang kerja gara-gara melakukan satu kesilapan dan Raff juga mengalami nasib yang sama apabila dibuang kerja kerana ditikam belakang oleh rakan sekerjanya.

Kecewa dengan apa yang berlaku, mereka bertembung secara tidak sengaja menyebabkan Raff dan Nea bertengkar melepaskan rasa tidak puas hati.

Kopi & Bagel (TV1) | Review Telefilem

Suatu hari, Nea membuat keputusan untuk pulang ke kampungnya di Johor malangnya dalam perjalanan tersebut Nea tersilap naik kereta, ingatkan kereta kawannya rupanya kereta orang lain lagi malang orang tu ialah Raff, lelaki yang pernah dia bergaduh sebelum ni.

Raff terkejut dengan tetamu yang tidak diundang tapi Raff malas nak berhenti sebab dia dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kedah so dia angkut sekali Nea, bila sampai di destinasi Raff suruh Nea balik sendiri ke Johor dengan bas.

Mak Gaya yang merupakan emak saudara Raff, marah bila tahu apa yang berlaku dan suruh Raff bawa Nea balik ke rumah mereka.

Kopi & Bagel (TV1) | Review Telefilem

Dipendekkan cerita, Mak Gaya mempunyai masalah dengan kafe milik keluarga mereka. bila tahu apa yang berlaku pada Nea, Mak Gaya minta Nea membantu memajukan perniagaanya.

Nea bersetuju dan pelbagai usaha dan idea menarik berjaya menarik pelanggan ke kafe tersebut. Raff menggunakan kepakarannya membuat satu aplikasi mencari jodoh sebagai salah satu marketing kafe tersebut. Dalam bergaduh tu mulalah terbit bibit-bibit cinta antara Raff dan Nea dan pengakhiran yang happy ending.

Post a Comment

0 Comments