Kembali Mencintai (TV1) | Sinopsis Drama

Kembali Mencintai (TV1) | Sinopsis Drama
Kembali Mencintai | RTM Malaysia

Diadaptasi dari novel karya Syamnuerizmil, Kembali Mencintai mengisahkan Thiya Thaqif (Wafariena) seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah rendah ditugaskan untuk mencari dana bagi projek pembinaan dewan sekolah.


Thiya pergi bertemu Tengku Faal Haris (Ikhram Juhari) untuk mendapatkan sumbangan tapi masalahnya kemain susah nak jumpa anak tengku seorang ni. Dengan pertolongan Tengku Fareha (Marissa Yasmin), emak kepada Tengku Faal, Thiya berjaya mendapatkan dana yang diperlukan.

Masalahnya bila Tengku Fareha minta Thiya menyamar sebagai calon menantu pilihannya sebab Tengku Fareha tak suka bila ada perempuan asyik berkepit dengan anaknya makanya Tengku Fareha mahu Thiya mengubah perangai buruk Tengku Faal.

Kembali Mencintai (TV1) | Sinopsis Drama

Thiya berasal dari keluarga berada dan bapanya Tan Sri Thaqif mempunyai syarikat hartanah terkenal tapi disebabkan Thiya memilih kerjaya sebagai seorang guru berlaku konflik antara Thiya dan bapanya.

Tiga tahun Thiya merantau langsung tak pulang ke rumah dan akhirnya Thiya memilih untuk pulang ke rumahnya untuk menghadiri pertunangan kakaknya. Secara tak langsung Thiya berjaya memulihkan semula hubungan dengan bapanya.

Kembali Mencintai (TV1) | Sinopsis Drama

Tengku Faal tak suka dan minta Thiya beritahu ibunya untuk memutuskan pertunangan mereka tapi Thiya ni ikut rancangan Tengku Fareha sahaja so takdenya dia setuju dengan permintaan Faal makanya meletuslah perang antara mereka berdua.

Nak dijadikan cerita Thiya ni anak kepada Tan Sri Thaqif tapi kantoi bila ada pekerja Faal yang kenal dengan abangnya. Thiya tahu kalau Tengku Fareha tahu background keluarganya semua benda akan jadi semakin rumit jadi dia minta Faal tak beritahu hal tersebut kepada Tengku Fareha.

Namun apa yang berlaku apabila ibu bapa Thiya pun berkenan dengan Tengku Faal. Adakah ibu bapa Thiya mempunyai rancangan untuk menyatukan Thiya dengan Faal?

Kembali Mencintai (TV1) | Sinopsis Drama

Mula-mula benci pastu terjatuh cinta, klise la kan. Semuanya berubah apabila Tengku Faal terjatuh cinta dengan Thiya tapi Thiya sukar menerima lamaran Faal sebab tahulah kan Faal ni buaya darat sebab tu lah reject, ada trust issues kat situ..

Namun Tengku Faal tidak mudah mengalah dan berusaha menunjukkan dirinya sudah berubah demi cintanya pada Thiya. Apakah keputusan Thiya?

Post a Comment

0 Comments