Arjuna Dari Langit by Rose Harissa | Ebook Review

Arjuna Dari Langit by Rose Harissa | Ebook Review

Tajuk : Arjuna Dari Langit
 Penulis : Rose Harissa
Mukasurat : 573
Penerbit : HA Novels
Terbitan : 2025

Mengisahkan Nazran terjatuh cinta pandang pertama bila terlihat Iraina di kenduri kawan baiknya. Dengan bantuan Sarah, kawan baik Iraina, Nazran cuba approach Iraina tapi bukan mudah nak tawan hati Iraina yang dalamannya menyimpan luka sendiri.

Kerjaya Nazran sebagai pilot pejuang TUDM tak buat Iraina kagum macam gadis yang lain tapi kerjaya tu buat Iraina trauma sebab mengingatkan pada arwah ayah dan abangnya. Kehilangan seorang demi seorang ahli keluanganya buatkan Iraina lebih selesa hidup bersendiri dan menjadi berdikari cuma Sarah sahaja yang setia menjadi kawan dia.

apa yang aku suka dengan ebook ni adalah watak utama yang sangat strong. Nazran memang gentleman habis, boleh nampak yang effort dia nak dapatkan Iraina dalam masa yang sama tak terlalu mendesak Iraina sebab dia tahu Iraina cuba sembunyikan sesuatu jadi. kiranya watak Nazran ni perasaan nak memiliki Iraina tu sangat kuat tapi kena sabar kena ikut rentak Iraina dan beri ruang untuk Iraina buka hati terima dia..

Walaupun mempunyai kerjaya yang berbeza tapi Nazran dan Iraina ada minat dan frekuensi yang sama,  sebab tu dalam masa yang singkat mereka boleh jadi kawan. boleh sembang bab motor dan kerjaya Nazran sebagai air force pilot.

kisah dia simple je tapi banyak input yang penulis selit so rasa puas juga baca tapi tak puas juga sebab suka sangat watak Nazran dan Iraina, kalau buat versi novel fizikal lagi best kot. kisah hidup Iriana tu sedih, boleh rasa kesedihan dia so bila part yang dia cari Nazran dan buka cerita pasal abang dia..hurmm sedih tapi sis suka cara Nazran ni, sangat rare la 😍😍

**MY RATING : 4.5 / 5**

Dia hanya gadis biasa – orang awam.
Dia seorang fighter pilot – sang pelindung langit.
Dua dunia bertembung.
 
Seorang wanita belajar berani, dan seorang pejuang udara yang akhirnya menyerah pada hatinya sendiri.
Hidup Iraina sederhana, sepi tanpa keluarga. Tapi segalanya berubah bila dirinya masuk ke dalam radar Kapten Nazran Shah, juruterbang TUDM yang terkenal dengan disiplin setegas F/A-18D Hornet yang dipandunya.

Nazran ‘KRAKEN’ terbiasa dengan langit, risiko, dan misi yang tak pernah menjanjikan kepastian. Tetapi di sisi Iraina, dia akhirnya menemui makna sebuah rumah.

Majlis Sword Bearer yang mengikat janji, Nazran bawa Iraina melangkah dalam dunia penuh cinta, kehilangan, dan keberanian.

Dan di langit yang sama, Iraina tahu… arjuna dari langit itu kini miliknya seorang.

Post a Comment

0 Comments