Tajuk : R.I.R (Rafael Ibrahim Redza)
Penulis : Nasz
Mukasurat : 529
Penerbit : Naszsofian Trading
Terbitan : Julai 2025
Sebelum keluar versi novel, R.I.R dah keluar dalam versi ebook dulu. Bila baca ebook tu geram juga sebab ending dia tergantung. bagi aku bukan tergantung, dia macam kau tengah sedap layan drama dah sampai klimak tetiba laptop kau blackout. terus potong mood. aku tak tahu sekadar marketing untuk jual novel seriusly tak suka sangat at least kalau nak keluarkan novel baik inform awal sebab aku ni kalau dah baca versi ebook malas nak beli novel begitulah sebaliknya tapi disebabkan nak tahu juga ending dia terpaksalah juga beli novel dia.
*****************
R.I.R ni nama hero dia; Rafael Ibrahim Redza mengisahkan Alin yang dari kecil menjadi anak angkat keluarga Rafa. Waktu dia berusia 19, emak Rafa disahkan menghidap kanser dan sebelum meninggal dunia, dia nak Rafa kahwin dengan Alin.
Rafa bangkang keputusan tersebut sebab dia cuma anggap Alin sebagai adik plus dia pun dah ada teman wanita bernama Batrisya but then Rafa terpaksa setuju bila tengok keadaan ibunya yang tenat.
Selepas ibunya meningal dunia, Alin pergi sambung belajar di Sarawak dan langsung tak balik semenanjung sebab nak mengelak jumpa suaminya. Rafa pula dapat tawaran kerja di luar negara so dia terima sebab impiannya. Mereka bertemu semula 9 tahun kemudian apabila Rafa jadi boss besar di tempat Alin bekerja.
jalan ceritanya macam klise sangat kan tapi sebab gaya penulisan penulis yang menarik memang best baca dari awal sampai akhir. kalau compare dengan ebook, banyak plot yang dikembang dengan baik.
Bila bertemu semua, Rafa nampak semakin matang dan mahu membaiki semula hubungannya dengan Alin tapi Alin pula tegas dengan keputusannya mahu bercerai. Dan Rafa setuju dengan syarat Alin tinggal bersamanya dalam tempoh 3 bulan. so adakah Alin akan menerima Rafa semula atau pilih untuk bercerai?
Dalam versi novel ni ada pov Rafa, kalau pov Alin ni sedih tapi part Rafa aku rasa kelakar pula sebab Rafa ni ego kemain tinggi melangit. Actually Rafa ni tak sedar perasaan dia pada Alin sebab keliru sayang sebagai adik atau lebih dari itu. tapi bila dia sedar, keadaan pula terbatas untuk dia perbetulkan keadaan dan terus biarkan Alin salah faham.
Alin ada sebab tertentu kenapa dia tegas memilih untuk berpisah tapi bagi aku kalau sayang benda tu small matter je sebenarnya. itulah penat dengan watak Alin ni banyak main tarik tali pastu nak buat andaian sendiri pastu salah faham, kalau berterus terang dengan suami sendiri kan senang dan perbaiki cara komunikasi dengan pasangan.
watak paling psiko dan tentu si Batrisya jenis pick me girl, perasan terpaling cantik dan terpaling bagus padahal hurmmm.. tak berkenan sangat Rafa ni macam berlembut sangat dengan Batrisya sampai minah ni rasa dia ada harapan nak dapatkan Rafa semula.
Selain kisah cinta Rafa dan Alin, banyak diselitkan juga kerjaya Rafa dan Alin yang bekerja dia oil company dan juga tentang penyakit lupus atau SLE. Overall, walaupun klise tapi menarik untuk dibaca.
**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐**
R.I.R – Rafael Ibrahim RedzaRafa tak pernah percaya pada jodoh yang dipaksa-paksa. Apatah lagi bila calon isteri itu adik angkat sendiri. Tapi bila permintaan terakhir mama yang sedang nazak ialah untuk dia kahwin dengan Alin, gadis yang dia kenal sejak kecil. Rafa blur.Masalahnya, Rafa dah ada Batrisya. Cantik, bergaya, penuh keyakinan... dan sipi-sipi macam model ZARA.Tapi Rafa tak mampu kata tidak. Bukan kerana cinta tapi terpaksa demi mama.Beberapa minggu selepas akad, Alin pergi. Dia lari ke Sarawak, sambung belajar dan cuba lenyap dari radar selama 9 tahun.Kini Rafa kembali ke tanah air. Bukan sekadar bertukar kerja dari tanah arab, tapi nak cari semula seorang isteri yang mungkin dia tak pernah cintai… tapi tak pernah dia lupakan.Masalahnya?1. Alin dah berubah.2. Batrisya takkan biar Rafa ‘kembali’ pada sesiapa pun.3. Dan… antara Rafa dan Batrisya masih ada cinta yang tidak selesai."Love was never part of the plan, but pain made it real."Jika cinta itu tak dirancang, sanggupkah mereka terus berjuang… atau memilih untuk melepaskan?
0 Comments