Title : Norma: Antara Mertua Dan Menantu
Director : Guntur Soeharjanto
Writers : Oka Aurora, Norma Risma
Network : Netflix
Release Date : 14 August 2025
Cast : Tissa Biani Azzahra, Yusuf Mahardika, Wulan Guritno, Rukhman Rosadi
Mengisahkan Norma (Tissa Biani Azzahra) seorang guru agama dan selalu menghadiri aktiviti keagamaan di masjid bersama ibunya, Rina (Wulan Guritno).
Rina mempunyai masalah kemurungan dan lebih suka berkurung dalam bilik menyebabkan Norma sangat rapat dengan bapanya, Abdul (Rukhman Rosadi) walaupun Abdul sekali sekala balik ke rumah sebab tinggal dan bekerja di Jakarta.
Suatu hari, Norma bertemu kawan sekolahnya, Irfan (Yusuf Mahardika) dan bila melihat kegigihan Irfan nak mengorat dia so Norma pun terbuka hati nak serius dengan Irfan. Masalahnya Rina tak merestui dan membantah sekerasnya hubungan Norma dan Irfan.
Norma dan Irfan akhirnya bernikah dengan persetujuan Abdul sebagai wali dan rumahtangga pada awalnya sangat bahagia. Hubungan Irfan dengan Norma juga bertambah baik apabila Irfan banyak membantu Norma yang baru membuka perniagaan kecil mi ayam.
Konflik dalam rumahtangga bermula apabila Norma curiga melihat hubungan rapat Irfan dengan rakan sekerjanya Etni. Dalam masa yang sama, Irfan dan Rina mula rapat sampai terbabas ke atas katil disebabkan terlalu mengikut nafsu.
Kemuncaknya orang kampung dapat tangkap Irfan dan Rina berselingkuh dalam rumah mereka. Norma sangat kecewa dan tak menyangka ibunya sendiri yang tegar menghancurkan rumahtangganya.
Selepas Ipar Adalah Maut muncul pula kisah perselingkuhan antara mertua dan menantu yang katanya dari kisah benar juga. filem dari seberang sekarang ni suka buat kisah curang sama je dengan drama melayu sekarng ni tapi yang aku tak faham kau fokus dengan isu agama pastu nak selit adegan terlebih mesra dah kenapa..
Rina ada isu tersendiri apabila mengalami tekanan membesarkan anak seorang diri dan suami pula bekerja jauh. Rina ni macam tak redha dan menyesal kahwin di usia muda so itu antara alasan kenapa dia tak suka anak sendiri tapi sanggup juga seorang ibu berkelakuan sumbang dengan menantu sendiri, nafsu punya hal..hurmm
yang Irfan pula, dah la tak hensem perangai pun hodoh. anaknya kau nak dengan emak sekali pun kau kebas, eh gelilah aku dengan perangai lelaki macam ni. muka tak semengah nak jadi buaya tembaga pula.
filem ni tekankan juga untuk membuat kebaikan dan menghormati seorang ibu. so lepas apa yang jadi Norma cuba untuk memaafkan dan menjaga ibunya. tapi itulah Rina dan Irfan ni bukan reti nak bertaubat pun so pilihan terakhir, Norma mendakwa mereka berdua.
bagi aku filem ni terasa panjang dengan durasi dua jam lebih dan sangat meleret kat hujung-hujung. aku pun tak tahu apa pengajaran yang cuba disampaikan tapi kesimpulan yang boleh aku buat kesemuanya yang berlaku ni berpunca dari kegagalan Abdul sebagai seorang bapa dan suami. sibuk dengan kerja sampai tak pernah kisah dengan perasaan isteri yang terabai dan penat mengurus anak seorang seorang diri.
tapi itulah fokus utama kisah ni bukan pasal kegagalan Abdul sebagai ketua keluarga tapi itulah disebabkan isu utama dalam filem ni adalah curang dan nampak Rina ni yang jahat sebab selingkuh dengan menantu sendiri so Rina sebagai seorang ibu dipersoalkan kenapa membenci anak sendiri. pendek cakap mesej dan pengajaran dari cerita ni macam tak sampai kepada penonton.
0 Comments