Mandul Bukan Pilihan (Astro) | Sinopsis Drama

Mandul Bukan Pilihan (Astro) | Sinopsis Drama

Ditulis oleh penulis skrip terkenal Indonesia yang berjaya menghasilkan pelbagai karya pecah panggung, Mandul Bukan Pilihan merupakan drama yang mengangkat isu infertiliti dalam kalangan pasangan muda. 

Berlatarkan perjanjian RM1 juta yang mengikat nasib rumah tangga mereka, pasangan ini terpaksa membuat keputusan yang mencabar norma, kepercayaan dan prinsip hidup. Drama ini membuka ruang perbincangan mengenai tekanan emosi dan stigma yang sering dipendam wanita.

Dibintangi Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim, ia turut diserikan dengan runut bunyi menyentuh hati nyanyian Misha Omar, Hael Husaini dan Nadeera Zaini.

Mandul Bukan Pilihan (Astro) | Sinopsis Drama

Info Drama ‘Mandul Bukan Pilihan’
Produksi : iFAME
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Oka Aurora
Info siaran : Bermula 14 Julai 2025, setiap Isnin – Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104)

Mandul Bukan Pilihan (Astro) | Sinopsis Drama

Sinopsis Mandul Bukan Pilihan

Ketika Aldi melamar Billa pada usia muda, nenek Billa yang tegas, Zahra, memaksa mereka menandatangani perjanjian berat: jika Billa mandul dan Aldi menceraikannya, Aldi perlu membayar RM1 juta.

Demi cinta, mereka akur. Lima tahun berlalu tanpa zuriat walaupun mencuba pelbagai rawatan termasuk IVF. Tekanan memuncak apabila Billa disahkan menghidap kanser dan sebagai usaha terakhir, dia meminta adik angkatnya, Farah, untuk membantunya. 

Namun, Farah mempunyai niat tersembunyi untuk merampas Aldi. Dalam masa yang sama, Billa semakin rapat dengan sahabat lamanya, Ben, seorang doktor yang menjadi tempat bergantung. Pertelingkahan, pengkhianatan dan dilema cinta menguji perkahwinan mereka, memaksa Billa dan Aldi memilih antara kesetiaan, pengorbanan dan erti sebenar sebuah keluarga.

Post a Comment

0 Comments