Si Bakhil Dengan Bunganya (Astro Ria) | Review Drama

Si Bakhil Dengan Bunganya (Astro Ria) | Review Drama

Drama : Si Bakhil Dengan Bunganya
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Liza Nur
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 28 Mei
Episod : 16
Pelakon : Yusuf Bahrin, Alya Iman, Rusdi Ramli, Sharifah Shahora, Roy Azman, Malle Christian, Zarynn Min, Arfie Shah, Raja Azmi, Kodi Rasheed, Auni Yusri

Diadaptasi dari novel Si Bakhil Dengan Bunganya mengisahkan Baqi  (Yusuf Bahrin) yang ingin membalas dendam pada bapa saudaranya, Abu Jalal (Rusdi Ramli) yang telah membolot harta pusaka dan tanah miliknya.

Baqi meminta bantuan daripada Kekwa (Alya Iman) dalam menjalankan misi tersebut memandangkan mereka telah lama berkawan sepanjang belajar di luar negara. Kekwa bersetuju tapi dengan syarat tertentu.

Si Bakhil Dengan Bunganya (Astro Ria) | Review Drama

Kekwa sudah lama tidak pulang ke Malaysia dan mempunyai konflik dengan bapanya, Tan Sri Akmal (Roy Azman). Hal ini kerana Kekwa dapat menangkap bapanya curang dengan Irma (Sharifah Shahora) yang merupakan sepupu ibunya dan kini menjadi emak tirinya.

Tapi bila tahu adik tirinya, Orked (Malle Cristian) bakal berkahwin dengan Uwais (Arfie Shah), Kekwa merancang untuk mengagalkan perkahwinan tersebut kerana tahu Irma dan Uwais bekerjasama untuk merampas harta bapanya.

Makanya Kekwa minta Baqi menggoda Orked tapi misi tersebut berakhir apabila keluarganya dapat tangkap Uwais berada dalam bilik Kekwa. Jadi Tan Sri Akhmal marah sangat dengan apa yang berlaku dan menghalau Kekwa dari rumah, Orked pula yang selama baik dengan Kekwa tak dapat menerima perkara tersebut.

Irma pula gelabah sebab Akmal dah tak mahu menerima Uwais sebagai menantu dan masalanya sekrang bila Uwais bagitahu dia tak minat dengan Orked tapi dah lama suka dengan Kekwa. so adakah rancangan Irma akan berjaya dan terus mengawal suaminya?

Si Bakhil Dengan Bunganya (Astro Ria) | Review Drama

Selepas misi Kekwa tamat, dia mengikut Baqi pula ke kampung Baqi dan diperkenalkan sebagai tunang kepada Mak Cik Icha (Zarynn Min). Baqi merupakan anak yatim dan dijaga oleh Abu Jalal dan dilayan dengan teruk disebabkan Abu Jalal tak puas hati dengan pembahagian harta pusaka bapanya sebab dia nak bolot semua.

Mak Cik Icha pula pembantu di rumah keluarga Baqi dulu dan Aloi (Kodi Rasheed)  pula anak kepada Mak Icha. Baqi sangat rapat dan percaya mereka lebih daripada keluarga sendiri.

Kekwa terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana kampung dalam masa yang sama; Baqi, Kekwa dan Aloi membuat rancangan untuk mendapatkan kembali tanah milik Baqi yang dirampas Abu Jalal. Hal ini juga bukan mudah sebab Abu Jalal juga mempunyai rancangan tersendiri untuk menjatuhkan Baqi.

Jadi adakah Baqi akan menang dalam misi membalas dendam terhadap Abu Jalal?

Si Bakhil Dengan Bunganya (Astro Ria) | Review Drama

Plot dan jalan cerita drama ni agak menarik dan fun juga dengan watak Baqi dan Kekwa. Walaupun jalan ceritanya nampak santai dalam menjalankan misi membalas dendam tapi kedua watak ni mempunyai konflik dalaman tersendiri apabila masih lagi trauma dan dihantui dengan masa lalu mereka.

Dalam menjalankan misi, mereka terpaksa berlakon sebagai kekasih dan dalam masa yang sama cinta mula berputik tapi masing-masing menafikan dan mula bermain tarik tali. Apabila si Kekwat bertemu dengan si Bakhil, saling mengguna dan dipergunakan. apakah kesudah kisah mereka?

Post a Comment

0 Comments