Lelaki Melayu Terakhir (TV3)

Lelaki Melayu Terakhir (TV3)

Drama : Lelaki Melayu Terakhir
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : TV3/TONTON
Mula Tayangan : 5 Ogos 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 26
Pelakon : Fattah Amin, Wanna Ali, Liza Abdullah, Umie Aida, Nabil Aqil, Fazlina Ahmad Daud, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Irsyadi, Zarul Imran

Lelaki Melayu Terakhir (TV3)

Lelaki Melayu Terakhir mengisahkkan Khatijah (Liza Abdullah) dan Sharaifah Alawiyah (Umie Aida) yang berkawan baik membuat rancangan untuk menjodohkan anak mereka; Jazlan (Fattah Amin) dan Kasih (Wanna Ali).

Jazlan baru sahaja menghabiskan pengajian agama di Yaman dan kini mendapat undangan masjid untuk menyampaikan ceramah dan terlibat dengan aktiviti masjid manakala Kasih pula seorang pelajar jurusan fesyen.

Kisahnya memang Kasih tak setuju dengan rancangan tersebut sebab dia dah ada kekasih hati pastu pula Ustaz Jazlan bila bercakap tak pandang perempuan, jaga iktilat katakan. itu yang Kasih agak anti dengan si Jazlan. pendek cakap, banyak perbezaan antara Kasih dan Jazlan.

Lelaki Melayu Terakhir (TV3)

Lelaki Melayu Terakhir turut dibintangi oleh Heliza Helmi dan Hazwani sebagai Aisyah dan Fatimah yang mempunyai hati dengan Jazlan. pelbagai cara dilakukan oleh Aisyah untuk menarik perhatian seorang ustaz. 

Selain itu, Fazlina Ahmad Daud memegang watak sebagai Habsah yang merupakan ibu kepada Aisyah dan Fatimah dan juga ketua muslimh masjid. Nabil Aqil pula membawa peranan sebagai Jazlee yang merupakan adik Jazlan yang mempunyai masalah sendiri dalam soal cinta.

Lelaki Melayu terakhir sebuah drama romantik komedi yang sarat dengan mesej dan pengajaran. Adakah rancangan Khatijah dan Alawiyah untuk menyatukan anak mereka akan berjaya?

Saksikan drama Lelaki Melayu Terakhir pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Post a Comment

0 Comments