Tajuk : Tuan Inspektor Sebelah Rumah
Penulis : Cik Mardiah
Mukasurat : 366
Penerbit : AHA Publication
Terbitan : Mei 2024
Tuan Inspektor Sebelah Rumah mengisahkan Dewi Arlisa yang tinggal berjiran dengan Haq. Ibu mereka berkawan baik tapi Dewi pula tak sebulu dengan Haq sebab ada kes zaman sekolah dulu menyebabkan dia tak puas hati dengan Haq.
Haq kini bekerja sebagai pengawal polis manakala Dewi pula membuat bisnes kecil-kecilan dari rumah. Haq ni suka sangat menyakat Dewi tapi itulah Dewi layan acuh tak acuh. kesian juga Haq sebab dia pun tak tahu kenapa Dewi tak suka dia. hubungan mereka bagai kucing dan anjing, dalam bergaduh tu rapatlah juga.
Suatu hari, Hariz yang merupakan bekas teman lelaki Dewi berpindah tinggal di perumahan mereka. Hariz macam nak menyambung semula hubungan mereka tapi Dewi pula malas nak mengenang cinta monyet dia. tapi mak Dewi pula berkenan dengan Hariz sebab nak menantu seorang guru so mak dia sibuk nak kenenkan Hariz dengan anaknya.
comel dan kelakar part Dewi dengan Haq. dalam bergaduh ada perasaan cinta yang wujud tapi Dewi cuba menafikan perasaannya sendiri sehinggalah Dewi dapat tahu Haq rapat dengan Inspektor Asyura, mulalah nak cemburu.
part yang annoying sikit, mak Dewi. actually mak dia cool je tapi itulah tak faham kenapa sibuk nak kenenkan anak sendiri, kononnya si Hariz tu lelaki terbaiklah padahal hurmm hampeh.
buku ni santai je, takde pun konflik yang berat dan meleret. so overall sebuah kisah yang menghiburkan.
**MY RATING : 3.8 /5**
Baca juga :
1 Comments
gaduh-gaduh manja gitu.. hati saling suka..
ReplyDelete