Secret Ingredient (VIU) | Sinopsis Drama

Secret Ingredient (VIU) | Sinopsis Drama

Title : Secret Ingredient
Director : Jo Young Kwang
Screenwiter : Baek Dong Hoon
Network : VIU
Release Date : 30 April 2024
Episodes : 6
Duration : 30 minutes
Genre : Romance
Cast : Julia Baretto, Nicholas Saputra, Lee Sang Heon

Secret Ingredient is the story of a Korean man who gives up his entire luxurious life in Seoul in search of his childhood girlfriend, someone he’s never forgotten all these years, in the hopes that she would fall in love with him, not for who they were back then or who they are now, but for what they can aspire to be: happy, fulfilled and blissfully in love with one another.

Secret Ingredient (VIU) | Sinopsis Drama

Secret Ingredient merupakan drama kerjasama antara Korea, Indonesia dan Filipina mengisahkan Ha Joon (Lee Sang Heon) seorang anak orang kaya di Korea yang pergi ke Jakarta dengan misi tersendiri. Ha Joon menyembunyikan identitinya dan bekerja sebagai pembantu chef di sebuah hotel ternama yang diketuai oleh Chef Arif (Nicholas Saputra). 

Kebanyakkan pekerja di situ tidak senang dengan Ha Joon yang misteri dan kurang mesra kecuali Maya (Julia Baretto) yang banyak membantunya di situ.

Secret Ingredient (VIU) | Sinopsis Drama

Maya sangat meminati bidang masakan dari kecil lagi. Apabila Chef Arif memberi peluang kepada anak buahnya untuk naik pangkat dengan mengadakan pertandingan, Maya tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib kerana dia mempunyai masalah hutang.

Hubungan Maya dan Ha Joon juga semakin rapat apabila Ha Joon menjadi pembantunya dalam pertandingan masakan tersebut namun nasib tidak menyebelahi Maya apabila Chef Arif mengatakan terdapat kekurangan pada hidangan yang dihasilkan Maya.

Secret Ingredient (VIU) | Sinopsis Drama

Chef Arif seorang yang tegas dan mahu memberikan hidangan terbaik kepada pelanggannya. Chef Arif telah memberi peluang sekali lagi kepada Maya untuk menyediakan hidangan kepada tetamu kehormat namun kesilapan kecil yang dilakukan oleh Ha Joon menyebabkan Maya dimarahi oleh Chef Arif.

Adakah Chef Arif akan memberikan peluang kepada Maya untuk menebus kesilapannya? Saksikan drama Secret Ingredient yang ditayangkan mulai 30 April 2024, setiap hari selasa di platform penstriman VIU.

Post a Comment

2 Comments

  1. dah terminate VIU...huhu..Indonesia byk kali jg berkolaborasi dgn Korea buat drama..dulu drama Lunch Box...Malaysia ada drama 'On the way to airport'..

    ReplyDelete