­Persembahan Bertenaga Aisha Retno Raih Mata Tertinggi untuk Tema ‘Mega Dansa’

The Hardest Singing Show

The Hardest Singing Show Minggu ketiga yang bertemakan Mega Dansa menyaksikan Aisha Retno di tempat pertama dengan keseluruhan markah sebanyak 94.55%. Menyanyikan lagu Sheesh nyanyian asal kumpulan K-Pop Baby Monster, Aisha berjaya memukau barisan juri dan para penonton dengan aksi yang luar daripada kebiasaannya. 

Aepul Roza menjadi pesaing rapat Aisha yang mendapat tempat kedua dengan markah keseluruhan sebanyak 93.25%, diikuti oleh De Fam (88.47%). 

The Hardest Singing Show

Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Saksikan episod baharu The Hardest Singing Show pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Post a Comment

0 Comments