Aku Tanpa Dia (TV1) | Sinopsis Telefilem

Aku Tanpa Dia (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Aku Tanpa Dia
Pengarah : EJump Mohd
Siaran : TV1
Tayangan : 25 April 2023
Masa : Selasa | 10.05 Pagi
Pelakon : Zahiril Adzim, Shera Ayob, Aishah Azman, Dilla Ahmad, Taib Mahmud, Ferth Jasni, Amy, Hanna Qistina, dan Adik Puteri Arissa.

Saksikan telefilem Aku Tanpa Dia lakonan Zahiril Adzim dan Shera Ayob yang ditayangkan pada hari selasa, pukul 10.05 pagi di TV1.

Aku Tanpa Dia (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Aku Tanpa Dia

Mengisahkan Amani dan Shahidan yang telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak namun anak mereka terkena demam panas yang serius.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, Shahidan telah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia bersama kawan Amani iaitu Farah. Hanya seorang kanak-kanak bernama Maisarah yang terselamat dari kemalangan tersebut.

Alangkah terkejutnya Amani apabila mengetahui Farah sebenarnya adalah isteri kedua Shahidan dan Maisarah adalah anak mereka. Sebelum meninggal dunia Farah sempat mengamanahkan Maisarah kepada Amani. 

Amani sangat kecewa dengan kecurangan Shahidan dan tidak dapat menerima kehadiran Maisarah. 

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments