Drama Turki: Lawless Love (TV2)

Drama Turki: Lawless Love (TV2)

RTM membawakan sebuah lagi drama turki terbaru bertajuk Lawless Love (Kanunsuz Topraklar) yang bersiaran mulai 13 Mei 2024 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 5.00 petang di slot Lavender TV2.

Lawless Love menawarkan cerita yang penuh dengan helah, cinta, dan perjuangan hak asasi manusia. Penampilan dari Ugur Günes dan Esra Bilgiç yang menerajui watak utama memberikan impak terhadap watak yang dibawa, manakala Cevdet Mercan selaku pengarah drama ini pula berjaya memastikan setiap adegan disampaikan dengan intensiti yang tepat.

Drama Turki: Lawless Love (TV2)

Sinopsis Drama Lawless Love

Berlatarkan tahun 1940 di Zonguldak mengisahkan penduduk tempatan mencari nafkah dengan bekerja di lombong arang batu yang dimilik oleh Malik, orang terkaya yang juga memiliki tanah pertanian terbesar di situ.  Malik digambarkan sebagai majikan yang kejam dan tidak bermoral.

Selain itu turut menggambarkan perjuangan para pekerja lombong arang batu yang berusaha menggulingkan majikan mereka setelah berlaku kecelakaan di lombong yang meragut banyak nyawa dek kerana kelalaian Malik sendiri.

Di tengah-tengah konflik perjuangan, terselit pula kisah cinta terlarang antara Davud dan Gulfem, anak gadis kepada Malik yang menambah lagi dimensi emosional dalam naratif drama ini.


Barisan Pelakon dan Watak
  • Ugur Günes sebagai Davut
  • Esra Bilgiç sebagai Gülfem
  • Kaan Tasaner sebagai Yavuz 
  • Mine Teber sebagai Fatma
  • Dogac Yildiz sebagai Cemal
  • Eylül Su Sapan sebagai Behice
  • Serdem Paçal sebagai Fikriye
  • Mustafa Dinç sebagai Murtaza

Post a Comment

0 Comments