Dr Pontianak (Astro Warna) | Sinopsis Drama

Dr Pontianak (Astro Warna) | Sinopsis Drama
Sumber: Instagram KL Motion Picture

Dr Pontianak

Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Alauddin Wan Zainuddin
Idea Asal : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Keen Kong
Siaran : Astro Warna 107
Mula Tayangan : 3 Mei 2024
Masa : Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Kimberly Chuah, Sharifah Sakinah, Mierul Aiman, Rashidi Ishak, Nazeri Md Isa, Sathisvaran, Riesha Aslan, Farhana Fahizam, Marsya A Zamani, Kismah Johar

Sinopsis Drama Dr Pontianak

Mengisahkan Vivy (Kimberly Chuah), seorang doktor pelatih perubatan yang mempunyai fobiaKpada darah. keadaan ini menyukarkan Vivy untuk merawat pesakit sehingga adakalanya dia dimarahi oleh rakan sekerja dan seniornya.

Dr Pontianak (Astro Warna) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Vivy terjaga di dalam sungai dan dia sendiri pelik dan tak ingat apa yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan dia terbaring di sungai tersebut. Semenjak hari itu juga fobia Vivy pada darah hilang dan dia gembira dapat merawat pesakit.

Namun hidup Vivy menjadi huru-hara apabila dia boleh nampak hantu Edna (Sharifah Sakinah) si penunggu hospital. Vivy terkejut apabila Edna memberitahu yang dia kini separa ponti kerana ada paku di belakang tengkuk yang boleh menyebabkan Vivy bertukar menjadi cik ponti apabila paku tersebut dicabut.

Dr Pontianak (Astro Warna) | Sinopsis Drama

watak Edna ni spin off daripada telefilem Debunk. Alkisahnya hospital terbiar yang menjadi rumah Edna kini telah diubahsuai dan dibuka semula tapi masalah hantu lain yang berkeliaran disitu telah menyebabkan staff hospital tidak tahan diganggu.

Dr Ghani meminta bantuan Pak Us untuk membersihkan hospital tersebut dari makhluk halus. Semasa proses tersebut, Edna membuat perjanjian dengan Pak Us yang dia akan menolong Pak Us menghalau kesemua hantu dengan syarat, Pak Us membenarkan dia tinggal di situ. Disebabkan hal tersebut, cuma Edna sahaja yang menjadi penunggu hosptal tersebut, dia juga berjanji tidak akan mengganggu manusia dan menghabiskan masa dengan menulis novel. 

Edna gembira apabila Vivy dapat melihatnya tapi Edna lagi tertarik untuk merungkai misteri yang berlaku pada Vivy yang kini menjadi separa ponti untuk dijadikan manuskrip terbarunya.

Dr Pontianak (Astro Warna) | Sinopsis Drama

Vivy kini berdepan dengan kecelaruan identiti dengan kehidupan barunya sebagai pontianak ditambah pula dia selalu menghidam darah. Adakah Vivy dan Edna dapat merungkai misteri yang berlaku?

Baca juga: 

Dibintangi oleh Kimberly Chuah, Sharifah Sakinah, Mierul Aiman sebagai Dr Adam, Rashidi Ishak sebagai Dr Ghani, Nazeri Md Isa sebagai Pak Us, Sathisvaran sebagai Dr John dan ramai lagi.

Saksikan drama komedi Dr Pontianak pada setiap hari jumaat jam 10.00 malam di Astro Warna dan strim di AstroGo.

Post a Comment

0 Comments