Puaka Cuti Semester (TV3) | Sinopsis Drama

Puaka Cuti Semester (TV3)
Sumber: Facebook Drama Sangat

Drama : Puaka Cuti Semester
Produksi : Anomali Media Sdn Bhd
Pengarah : Faizal Nadxaman
Idea Asal : Hariff Ahamat
Penulis Skrip : Qawiem Hamizan, Hanis Ali
Siaran : TV3/ Tonton
Mula Tayangan : 25 April 2024
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 10
OST/ Lagu Tema : Lat Tali Lat (Khai Bahar)
Pelakon : Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Ropie, Azza Elite, Nazzaty Rusly, Hariff Ahamat

Puaka Cuti Semester (TV3)

Sinopsis Drama Puaka Cuti Semester

Mengisahkan lima pelajar; Iqsan (Mark Adam), Zubair (Zaki Azeman), Fahmi (Farhan Mazlan), Aina (Aween Ismail) dan Leha (Tracie Sinidol) yang mempunyai alasan tersendiri tidak pulang ke kampung dan memilih tinggal di kolej kediaman mereka sepanjang cuti semester.

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai insiden mistik dan seram berlaku kepada mereka seperti duit dicuri toyol, bertemu askar jepun, pontianak dan bermacam jenis lagilah hantu dan jembalang yang menakutkan menganggu mereka. Setiap kejadian mistik yang berlaku mempunyai kisah tersendiri.

Di sebalik kekecohan yang berlaku, hubungan mereka berlima semakin rapat. Apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?


Saksikan drama Puaka Cuti Semester yang ditayangkan pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim episod penuh di platform penstriman Tonton.

Post a Comment

0 Comments