Kurung Kerawang Untuk Adik (Astro Ria) | Review Telefilem

Kurung Kerawang Untuk Adik (Astro Ria) | Review Telefilem

Telefilem : Kurung Kerawang Untuk Adik
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Amy Nawari
Penulis Skrip : Liza Nur
Siaran : Astro Ria 104
Tayangan : 12 April 2024
Pelakon : Syafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Idzham Ismail, Zarynn Min, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Nasz Sally, Alynn Techen, Aniq Ammar, Eva Elnufa, Monrasli

SINOPSIS:
Shazwi berhasrat untuk membelikan adiknya baju kurung kerawang selepas dia keluar dari penjara. Namun untuk mendapatkan perkerjaan adalah satu cabaran kerana dia adalah bekas banduan.

Kurung Kerawang Untuk Adik (Astro Ria) | Review Telefilem

Kurung Kerawang Untuk Adik mengisahkan Awi (Syafie Naswip) yang dibesarkan oleh Umi Kalsom (Noorkhiriah) seorang ibu tunggal yang gigih mencari rezeki untuk anak-anaknya.

Awi seorang anak dan abang yang baik membantu ibunya menjaga adik-adiknya; Yana (Puteri Rafasya), Ikhwan dan Hana walaupun dia sendiri sibuk buat persediaan menghadapi STPM. Yana atau Angah seorang anak autism yang perlu menjalani pembedahan jantung.

Pak Su Junid (Idzham Ismail), adik kepada ayah kandung Awi sangat mengambil berat kebajikan anak saudara namun isterinya, Saerah (Zarynn Min) tidak suka suaminya membelanjakan duit untuk Awi dan adik-adiknya. 

Kurung Kerawang Untuk Adik (Astro Ria) | Review Telefilem

Konflik berlaku apabila Yana dimasukkan ke hospital. Awi pergi ke rumah Pak Su Junid untuk meminjam duit tapi paksu dia takde kat rumah. Saerah enggan membantu walaupun Awi dah puas merayu untuk selamatkan adiknya.

kemuncaknya, Saerah dok provok Awi guna pisau. berlaku pergelutan yang akhirnya menyebabkan Saerah cedera dan membuat laporan polis. Hal ini menyebabkan Awi dipenjara selama dua tahun.

Setelah keluar dari penjara, Awi dibantu kawan baiknya, Hadi (Hariz Hamdan) bekerja di sebuah bengkel. Awi berazam mencari duit untuk menunaikan janjinya pada Yana membeli baju kurung kerawang sebelum pulang menemui ibunya di kampung.

Kurung Kerawang Untuk Adik (Astro Ria) | Review Telefilem

jalan cerita telefilem raya ni agak simple tentang pengorbanan seorang anak dan janji seorang abang untuk membahagiakan adiknya walaupun sudah terlambat. tapi watak dalam cerita ni banyak yang tak reti berfikir secara rasional dan jenis mudah terpengaruh, agak annoying kat situ.

macam Junid ni seorang bapa saudara yang sayangkan anak saudaranya. yang aku tak faham kau sibuk bawa budak-budak ni jalan-jalan pastu bila Yana mengamuk nak baju kurung kerawang dan Hana pun merayu suruh beli sebab kesian kat kakaknya pastu tiba-tiba je si Junid rasa macam anak saudara dia nak ambil kesempatan dek termakan hasutan Saerah. Yana tu budak istimewa memang kadang tantrum dia tak boleh dikawal, kalau tak nak beli baju yang kau sibuk bawa budak-budak tu masuk kedai baju sapa suruh, bawa je lah berkelah tepi sungai.
 
sama juga macam roomate dan rakan sekerja Awi tu. bila Saerah datang provok dan burukkan Awi tiba-tiba masing-masing dingin dengan Awi padahal selama Awi kerja kat situ tak pernah ada masalah pun, siap ajak pergi bersih masjid setiap malam selepas terawih.  ntah tak faham aku, disebbakan si Saerah mulut puaka buat onar terus masing-masing terpengaruh. memang watak dalam cerita ni ada masalah berfikir ke macam mana. 

tapi Awi beruntung sebab ada kawan baik macam Hadi yang selalu membantu dan menyokong dirinya. ending dia semua berbaik dan menyambut hari raya bersama. Saerah pun menyesal selepas tembelang dia fitnah Awi pecah hurmmm sepatutnya Junid ni lempang sekali Saerah mulut puaka tu. geram tau lepas dia buat Awi meringkut dalam penjara macam senang je kan pengahiran dia.

Post a Comment

1 Comments