Bersyurga Di Rusukmu by Lily Haslina Nasir | Review Novel

Bersyurga Di Rusukmu by Lily Haslina Nasir | Review Novel

Novel : Bersyurga Di Rusukmu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Helaian : 587
Penerbit : Karyaseni
Terbitan : Mac 2024

Selepas Black Ghost #MegatAdri ada versi spin off pula Bersyurga Di Rusukmu. aku tak habis lagi baca yang Black Ghost tu, mampu baca separuh je pastu hurmm ntahlaa sampai sekarang malas nak sambung. 

Bersyurga Di Rusukmu pov dari heroin Mawar. Mawar dan Megat Adri berkenalan dari universiti dan hubungan mereka rapat, orang nampak mereka macam bercinta tapi mereka lebih kepada teman tapi mesra gitu. 

Dalam buku ni menceritakan juga kerja Mawar menjadi sukarelawan dalam misi kemanusian ke Somalia. pastu ada juga juga tempias bahaya kena pada Mawar bila musuh Megat Adri mencari Mawar.

progress hubungan cinta antara Mawar dan Megat pula hurmmm sis pun tak tahu apa masalah diorang. masing-masing saling menyimpan perasaan tapi maintain tarik tali sampai ke hujung. kalau parent mereka tak mulakan langkah rasanya berjanggut kot tunggu diorang dua kahwin. kalau dalam Black Ghost ramai yang cakap Megat sidai Mawar sampai 8 tahun tapi sebenarnya Mawar yang sidai Megat.

Mawar ni ada insecure dengan kerja Megat sebagai komando sebab bapa dia pun tentera dan dari kecil dia tengok mak dia selalu kena tinggal so dia tak pasti mampu ke tidak jadi isteri tentera. waktu misi ke Somalia, Mawar yakin yang dia cinta dan perlukan Megat tapi lepas balik macam tu juga hubungan dia dengan Megat, takde progress. time susah kau ingat Megat, time Megat cakap bab perasaan kau mengelak pula. penatla wei main tarik tali macam ni.

aku rasa misi kemanusiaan Mawar ke Somalia lagi menarik dari kisah cinta dia. Mawar dan Megat ni macam dalam dunia mereka sendiri. Mawar  dengan kerja dia, Megat dengan hidup dia so somehow aku tak boleh rasa chemistry dua watak ni. aku tak tahu buku ni boleh dikategorikan sebagai romantik atau tidak. 

apa yang Mawar rasa maybe itulah realitinya hidup jadi isteri tentera, kau jangan beranganlah abam loreng muncul waktu yang tepat untuk jadi hero penyelamat. so overall apa yang aku boleh cakap buku dari penulis ni memang tak kena dengan jiwa aku.

**MY RATING: 3.5 /5**

Baca juga: Novel Kumbang Di Hatiku by Rose Harissa


Aku Mawar. Megat panggil aku Mawar Berduri. Kami bersahabat sejak sekian lama. Aku anggap dia teman tapi mesra. Sampai bila mahu bersahabat? Ramai yang bertanya. Aku malas mahu serabutkan kepala.

Aku jawab, "Sampai bila-bila!" Saat berbual, kami bahasakan ‘aku’ dan ‘kau’ saja! Nampak bukan? Aku memang anggap dia sahabat dunia akhirat. Bukan tak pernah Megat memberi isyarat hatinya. Tetapi, entahlah. Aku pura-pura tidak faham. Aku belum bersedia untuk berfikir lebih jauh. Hakikatnya, selalu aku rindu setengah mati pada Megat. Rasa macam separuh nyawa aku hilang saat berjauhan dengan Megat.

Dia lelaki Beret Hijau. Dia lelaki komando. Dia itu milik negara. Semua ini buat aku tidak yakin dengan diri sendiri. Apakah aku cukup sabar untuk bertahan dalam perhubungan ini?

Sebelum ini, koyak jiwa aku, saat musuh keluarga engkau, Park Tzue, menghambat aku kerana dendam. Sekarang kau heret aku dalam gelora jiwa. “Mawar, aku siap siaga berdepan dengan segala yang terburuk. Dan aku juga tidak akan jemu berdoa, mengharapkan segala penyudah yang terbaik dalam hidup ini.

Aku akan menjadi lelaki yang sentiasa ada untuk engkau, di mana pun kau berada. Aku akan melindungi engkau, sebagaimana aku lindungi negara.” Demikian janji Megat. Dan aku terkesima dan sebak mendengarnya. Semoga Megat menjadi lelaki berjiwa syurga yang Tuhan hadirkan untuk aku.

Post a Comment

1 Comments

  1. ya Sama..buku ini tak kena dengan jiwa..maaf ckp memang sangat membosankan dgn naratif agak berjela🥴🥴

    ReplyDelete