Kumbang Di Hatiku by Rose Harissa | Review Novel

Kumbang Di Hatiku by Rose Harissa | Review Novel

Tajuk : Kumbang Di Hatiku
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 583
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mac 2024

aku tak tahu Rose Harissa akan keluarkan buku terbaru bulan puasa ni sebab kita bajet waktu pesta buku nanti, tup-tup suprise! 


Kumbang Di Hatiku spin off dari novel Black Ghost, cerita dari sudut pandang heroin, Mikanadira. Kisah cinta Mika dengan abang komando, Umar Alhaidar a.k.a Kumbang.

aku suka watak Mika ni sebab dia seorang yang berdikari dan jenis tak mengada-gada. Mika ni kuat dengan cara dia tersendiri. kesian juga bila Mika tak dapat menuntut keadilan atas kematian ayahnya. pastu mak dia pula hurmm jenis selfish, lepas kahwin baru langsung tak ambil peduli pasal anak.

Dalam Black Ghost ada kisah perkenalan Umar dan Mika, so dalam buku ni macam repeat balik part tu tapi lebih detail apa sebenarnya yang berlaku pada Mika.

aku suka healthy relationship antara Mika dan Umar sebab masing-masing saling memahami kerjaya pasangan. Mika sendiri faham dengan kerja Umar yang perlu mengutamakan negara. Umar juga faham bila Mika mengambil keputusan untuk bekerja di pelantar. walaupun bercinta jarak jauh tapi tak banyak konflik dalam hubungan mereka bila ada komunikasi yang baik antara mereka.

ada juga watak annoying macam Doktor Dareena yang dah lama syok kat Umar dan Noraini yang berangan nak bercinta dengan abang komando. paling geram part emak Mika, reject Umar sebab nak kahwinkan Mika dengan lelaki pilihannya sebab ada agenda sendiri. tapi kan abang Kumbang kita ada, gerenti setel semua masalah.haha. seriusly aku suka cara Umar ni handle semua masalah yang berlaku dalam hubungan dia bersama Mika.

time baca Black Ghost dulu tak puas sebab buku tu lebih kepada kerjaya Umar sebagai komando tapi Kumbang Di Hatiku lebih kepada kisah cinta Umar dan Mika. 

selalunya Rose Harissa akan design sendiri cover buku dia, cover buku ni pun cantik, sis suka. overall, jalan ceritanya menarik dan alahai sweet betul Umar ni, ending dia pun comel.

**MY RATING: 4.5 /5**

Boleh dapatkan Kumbang Di Hatiku karya Rose Harissa di Shopee Karya Seni dengan harga berpatutan.

Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform - 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform.

Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga.

Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando, Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.

“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.

“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.

“Ciyeeeee!!!”

Serempak mereka berseru sambil tersenyum mengenen.

“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena

“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.”

Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya. Umar Alhaidar, si BLACK GHOST, bukan hanya Green Beret tetapi juga green flag!

Post a Comment

1 Comments

  1. Best kan. Senyum sorang2 bila buddies bahan kan umar bila tahu sapa mika. Hebat semasa bertempur tapi ikatan kawan kukuh terjalin.

    ReplyDelete