Ebook : Bahagia Yang Dinodai
Penulis : Sasasera
Helaian : 561
Penerbit : Sasasera Legacy
Terbitan : September 2023
Mengisahkan Lalila yang pernah tersuka dengan kawan baik kakaknya, Kashah. Suatu hari, Kash masuk meminangnya dan Lila bersetuju dengan perkahwinan tersebut walaupun dia macam pelik juga sebab mereka tak pernah bertegur sapa. Perkahwinan mereka bahagia sehinggalah Lila mengetahui motif sebenar Kash berkahwin dengannya.
sadis betul watak Lisa ni sebabnya mak dia pilih kasih lebih sayangkan kakaknya, Lisa dan adiknya, Azlan. lagi pula kakak dan adiknya pandai dan berjaya jadi doktor tapi dia menjadi anak yang disisih ibu kandung sendiri. tapi hubungan Lila baik dan rapat dengan Lisa dan Azlan.
Lila ingatkan bila berkahwin dengan Kash, Kash akan jatuh cinta dengan dia rupanya Kash dah lama suka Lisa sejak sekolah lagi dan motif Kash kahwin dengan Lila pun sebab nak dekat dengan Lisa. kat sini jadi konflik tapi Kash sebenarnya dah jatuh cinta dengan isterinya dan berjaya selamatkan rumahtangganya bila dapat kepercayaan semula Lila.
cumanya itulah, Kash tak pernah belajar dari kesilapan bila berlaku konflik dalam rumahtangga mereka sekali lagi. geram wei Kash melebihkan Lisa sampai tak perasan dah terguriskan hati sendiri. bila Lila dah terluka teruk sampai meroyan dan minta berpisah baru dia nak tersedar. bukan sekali tau tapi dua kali Kash lukakan hati Lila.
aku rasa nak peluk je Lila sebab sakit sangat kot perasan tu bila dikhianati suami sendiri, kehilangan anak dalam kandungan dan emak kandung yang tak pernah kisah dengan kesakitan dia.
banyak benda berlaku dan dipendekkan cerita Lila berkahwin semula dengan Kash selepas empat tahun berpisah. kat sini aku tak puas hati sebab macam senang sangat Lila maafkan Kash selepas apa yang berlaku. iye aku tahu, Lila buat semua ni demi emak dia tapi seriuslah aku mengharapkan Lila take time sikit untuk maafkan Kash sebab nak tengok effort Kash tawan hati si isteri supaya dia lebih menghargai isterinya selepas mendapat peluang kedua.
seriusly cakap cerita dia sedih juga dan dia punya pain aku boleh rate 9/10. overall nice story.
**MY RATING: 4.0 /5**
Lila sudah terbiasa menjadi pilihan kedua mak. Alongnya, Lisa anak yang mak banggakan sedangkan Lila hanyalah anak yang selalu salah di mata mak. Tapi kisah hidup Lila yang tragis seakan-akan menemui cahaya kebahagiaan bila crush Lila merangkap kawan baik Lisa, tiba-tiba melamar Lila.Lila baru nak merasa erti bahagia bila berkahwin dengan Kashah. Tapi rasa bahagianya telah dinodai dalam sekelip mata bila kebenaran terbongkar. Dia hanya dijadikan alat untuk suaminya berada dekat dengan kakak kandungnya sendiri kerana suaminya selama ini mencintai Lisa secara rahsia.“Awak pilih. Ceraikan saya ataupun rahsia awak cintakan Lisa selama ni akan terbongkar.” -LILA-Lila tekad untuk berpisah. Buat apa bersama jika suaminya tidak pernah cintakan dirinya selama ini. Tapi kehadiran penghuni dalam rahimnya buat Lila berbelah-bagi apatah lagi Kash sentiasa memujuk rayu dirinya.“Abang berdosa dengan Lila. Berikan abang peluang untuk tebus semua salah abang. Sumpah demi Allah, abang janji akan bahagiakan Lila dengan anak kita.” -KASHAH-Berharap untuk terus bahagia namun tragedi yang meragut nyawa suami Lisa meranapkan seluruh impian keluarga bahagia Lila bila perhatian Kash mula beralih arah kepada Lisa kembali.“Memang selama-lamanya saya akan tetap jadi pilihan kedua awak kan Kash? Sebab saya Lila bukan Lisa.” -LILA-“Jangan biarkan rasa cemburu kuasai diri Lila. Abang tolong Lisa hanya sebagai seorang kawan baik dan adik ipar. Tak lebih daripada tu. Tolonglah jangan nak paranoid.” -KASHAH-“Awak tamak Kash. Kami adik-beradik kami tak boleh bermadu jadi ceraikan saya Kash...saya doakan awak akan bahagia dengan Lisa. Kejarlah cinta yang awak dambakan sangat tu sampai awak sanggup nodai ikatan perkahwinan kita yang suci sejak awal lagi.” -LILA-Kash pula bagaimana? Benarkah Lisa sentiasa menjadi pilihan utamanya?Akan bahagiakah Lila jika kekal bersama Kash bila rasa bahagianya sudah dinodai?Lalu pilihan apa yang Lila ada? Bertahan untuk terus disakiti ataupun berlalu pergi untuk melupakan segala rasa sakit? Tapi yang pasti Lila tidak ingin menjadi pilihan kedua.
0 Comments