Terhijabnya Pintu Syurga (TV1) | Sinopsis Telefilem

Terhijabnya Pintu Syurga (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Terhijabnya Pintu Syurga
Produksi : Pink Letterbox Sdn Bhd
Pengarah : Mohamed Nor Bin Bujang
Siaran : TV1
Tayangan : 30 Mac 2024
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Aida Khalida, Fezrul Khan, Amanda Misbun, Raja Afiq, Ikhlas Jalil, Soffwany, Khairil Anwar, Sarimah Mah, Mandy Chong

Terhijabnya Pintu Syurga (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Terhijabnya Pintu Syurga

Mengisahkan Zainab yang tinggal dengan anak-anaknya; Hanif, Shila dan Hadi secara bergilir selepas kematian suaminya. Rumah milik Zainab telah dilelong kerana anaknya tidak membayar hutang ansuran bank.

Zainab melarikan diri kerana kecewa dengan sikap anak-anaknya lalu dijumpai oleh Puan Julia dan tinggal di Rumah Warga Emas Cahaya Suri milik Puan Julia.

Hanif, Shila dan Hadi kemudiannya mendapat tahu keberadaan Zainab di rumah warga emas tersebut pergi berjumpa ibu mereka untuk meminta maaf. Zainab memaafkan kesalahan anak-anaknya namun memutuskan untuk terus tinggal di situ.

Saksikan telefilem Terhijabnya Pintu Syurga lakonan Aida Khalida sebagai Zainab, Fezrul Khan sebagai Hanif dan ramai lagi pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Post a Comment

0 Comments