Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

Filem : Sayu Yang Syukur
Produksi : Nusanbakti Production
Pengarah : Aaron Aziz
Network : Netflix
Tayangan : 28 Disember 2023
Durasi : 1 jam 31 minit
Pelakon : Nora Danish, Aaron Aziz, Arja Lee, Mohd Khafairie, Tamimi Siregar, Raja Emma, Gya Natasha, AR Badul, Kismah Johar

Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

Sekarang ni bulan puasa, bila tengok tajuk filem ni rasa macam nak raya pula teringat lagu Air Mata Syawal Siti Nurhaliza..haha. ok abaikan. 

Sayu Yang Syukur mengisahkan Liana (Nora Danish) yang dalam perjalanan dari kampung ke Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan Qudaim (Aaron Aziz) dan Adam (Khafairie). Adam ambil kesempatan dengan beri ubat khayal pada Liana yang dalam separuh sedar.

Keesokannya hari, Liana terjaga di sebuah resort dalam keadaan panik dan menyangka telah dirogol oleh Qudaim dan Adam. Dia membuat keputusan untuk menyimpan rahsia tersebut.

Liana seorang pakar motivasi yang banyak handle kes gadis dirogol dan selalu lantang suruh mangsa bela nasib dengan melaporkan kepada polis tapi bila jadi kat diri sendiri, dia pilih untuk berdiam diri sebab nak jaga maruah diri.

Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

Qudaim pula anak orang kaya yang ada konflik dalam tersendiri. Bila tahu tempat kerja Liana, Qudaim cuba cari balik Liana untuk minta maaf dengan apa terjadi. dah tentulah Liana tak layan.

but then Liana jatuh kesian bila tengok keadaan Qudaim yang tak terurus dalam keadaan mabuk dan khayal lalu mengambil keputusan untuk pulihkan keadaan Qudaim.

Dalam masa yang Jef (Arja Lee) yang merupakan boss Liana mahu melamar Liana setelah sekian lama menyimpan perasaan. tapi Liana rasa tak layak sebab dia bukannya gadis yang suci.

Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

cerita ni kan, watak Qudaim ni bagi aku macam pelik dan serba tak kena..why? Qudaim ni ada isu, rasa diri tak guna sebab fikir bapa dia tak pernah percaya dan pandang rendah pada dirinya so sebab tulah dia rosakkan diri dengan arak dan dadah.

isu dan masalahnya kat sini aku tak nampak parent Qudaim ni problem, siap ambil berat lagi. so aku tak faham kenapa perangai dia macam dalam situasi broken family. itu belum lagi kau cari Liana macam orang meroyan gila talak. apa masalah watak ni wei. mamat ni sepatutnya pergi jumpa pakar sakit jiwa bukan pakar motivasi.

aku bagi spoiler la ye plot twist dia, sebenarnya Liana tak kena rogol pun. Qudaim tak bagi Adam sentuh Liana siap suruh orang pergi repair kereta Liana. eh eh memula nak tunjuk Qudaim ni lelaki tak guna tiba-tiba nak cakap Qudaim ni lelaki kiriman tuhan pula. so Liana pun terharulah. maybe sebab tu nama filem ni Sayu Yang Syukur..haha

Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

watak Arja Lee sebagai Jeff pun macam tak bagi impak sangat walaupun kat poster macam dialah hero, pelindung heroin dari kejahatan. Jeff ni baik tapi itulah sebab satu scene dia judge Qudaim sebagai orang gila terus kena palau dengan Liana. kesian member, pastu meroyan tak boleh terima kena reject.

kalau Qudaim awalnya jahat kemudian baik. yang Jeff ni pula memula macam rilek pastu tiba-tiba nampak jahat pula. nak buat camne awak tu second hero je.

Sayu Yang Syukur (2023) | Review Movie

filem ni khabarnya dah kena peram sampai 8 tahun, bagi aku tak berbaloi keluar kat pawagam better tayang kat tv je. ni pun sebab ada kat netflix kalau tidak tak rajin kita.

Jalan ceritanya dia actually not bad tapi itulah disebabkan watak Qudaim yang tak berapa betul, kau rasa serba serbi tak kena, cringe tau mamat ni. lainlah kalau Qudaim ada kisah silam yang tragis yang lebih tragis daripada ini sampai rosakkan diri then aku boleh juga terima.

Post a Comment

0 Comments