Perempuan Ilmu Hitam (TV3)

Perempuan Ilmu Hitam (TV3)
Sumber: ohbulan.com

Drama : Perempuan Ilmu Hitam
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Liza Nur, Rozie Rashid, PGRs Team
Siaran : TONTON
Mula Tayangan : 29 Februari
Pelakon : Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Didie Alias, Nazim Othman, Josiah Hogan, Syazwan Zulkifly, Zaki Azeman, Ashraf Muslim

Perempuan Ilmu Hitam (TV3)

Tonton Original membawakan siri terbaru, Perempuan Ilmu Hitam mengisahkan Lisa (Siti Hariesa) seorang pekerja sosial di bawah sebuah badan kebajikan membantu mangsa rogol untuk pulih dari trauma mereka.

Dalam masa yang sama juga Lisa bekerjasama dengan Syamil (Asyraf Muslim) menyiasat kes rogol yang berlaku untuk menuntut keadilan buat mangsa.

Lisa sendiri sangat terkesan kerana dia juga pernah menjadi mangsa rogol tujuh tahun lepas lebih-lebih  apabila Syamil mengaitkan kes terbaru dengan kes yang berlaku tujuh tahun yang lepas.

Perempuan Ilmu Hitam (TV3)

Tujuh tahun yang lalu, Lisa, Sara (Fify Azmi) dan Afifah (Chacha Maembong) menjadi mangsa culik dan dirogol oleh Azhar (Josiah Hogan), Chairyl (Nazim Othman) dab Bakri (Syazwan Zulkifly). Mereka memakai topeng ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut menyebabkan mangsa terlibat tidak dapat mengecam identiti mrereka.

Azhar, Chairyl dan Bakri merupakan daripada keluarga korporat dan kini mempunyai kerjaya yang dihormati masyarakat dan mereka menyembunyikan ketagihan seksual mereka dengan baik sekali.

Nasrun (Zaki Azeman) ditugaskan untuk mencari gadis-gadis untuk dijadikan alat pemuas nafsu mereka. sehingga mangsa terbaru membunuh diri akibat trauma, Nasrun diserang rasa bersalah dan mahu keluar dari kumpulan tersebut.

Perempuan Ilmu Hitam (TV3)

Peristiwa hitam tersebut mengubah nasib tiga gadis ini dan mereka dijaga oleh Mbah Nira (Didie Alias), seorang bomoh terkenal di kampung.

Kalau Lisa cuba membantu gadis yang menerima nasib yang sama sepertinya namun Sara mengalami kemurungan sehingga berhenti bercakap dan berada dalam dunianya sendiri. Manakala Afifah pula belajar ilmu hitam dari Mbah Nira dan menghantar ilmu hitam kepada mereka yang menyakiti dirinya.

Mbah Nira tahu Afifah menggunakan ilmu yang diajarnya di jalan salah tapi dia cuma menasihatkan supaya perbuatan Afifah tidak diketahui oleh penduduk kampung.

Perempuan Ilmu Hitam (TV3)

Penyiasatan Syamil akhirnya berjaya merungkai identiti perogol-perogol bersiri ini. Adakah Lisa dapat menuntut keadilan buat dirinya dan mangsa-mangsa yang lain atau Azhar, Cairyl dan Bakri akan menggunakan pengaruh mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan yang berlaku.


Bagaimana pula kalau Lisa, Afifah dan Sara menggunakan cara lebih halus iaitu dengan bantuan ilmu hitam untuk membalas dendam? Ikuti kesudahannya dalam Perempuan Ilmu Hita pada setiap hari khamis di aplikasi Tonton.

Post a Comment

0 Comments