My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

My Lucky Star (2023)

Title : My Lucky Star
Director : Pantham Thongsang
Screenwriter : Sutisa Wongyu
Network : GMM One
Release Date : 19 April 2023
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance
Cast : Film Thanapat, Bifern Anchasa, Sam Yuranunt, Go Gosin, Suzana Renaudm, Penpak Sirikul, Chopin Noochintra

SYNOPSIS:
Chomjan is arrested when Ratti catches her selling fake jewellery. Ratti is a renowned jewellery designer and a famous car racer. He loathes liars and thieves and seizes any chance he can to put these people in their places. 

When Ratti catches his girlfriend cheating on him with his stepbrother, he flees to Italy. He returns months later when his stepmother threatens to sell one of his late mother's favourite necklaces. Filled with rage, Ratti storms into his ex's wedding and steals the necklace. Chomjan is released from jail and walking around homeless when she's caught up in Ratti's escape, causing the security to cuff both of them together. Tied together by force, Chomjan must help Ratti run from the police this time.

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

My Lucky Star remake dari drama Taiwan mengisahkan Chomjan (Bifern Anchasa) seorang scammer ditangkap oleh Ratti (Film Thanapat) ketika cuba menjual barang kemas tiruan yang kononnya direka oleh Ratti menyebabkan Chomjan dipenjara selama beberapa tahun.

Ratti seorang pereka barang kemas dan juga pewaris syarikat milik keluarganya. tapi ada konflik yang berlaku dengan emak tiri dan adik tirinya yang merancang mahu membolot syarikat. 

Dalam masa yang sama, Ratti dapat tangkap teman wanitanya ada skandal dengan adik tirinya. Hal ini memyebabkan Ratti kecewa lalu membawa diri ke luar negara.

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

Beberapa tahun kemudian, Ratti pulang ke Thailand dengan misi untuk mendapatkan semula barang kemas milik ibunya yang cuba dijual oleh emak tirinya. Dia berjaya mencuri tapi menjadi pelarian apabila dikejar oleh orang emak tirinya.

Kebetulan pula Chomjan baru keluar penjara terserempak dengan Ratti yang dikejar musuh dan dia juga terpaksa melarikan diri bersama Ratti apabila tangan mereka tergari secara tak sengaja.

Chomjan membawa Ratti bersembunyi di kampungnya yang terletak di pendalaman. Pelbagai masalah yang mereka harungi dan selesaikan bersama sehingga masing-masing jatuh cinta dalam tempoh tersebut.

My Lucky Star (2023)

tak lama kemudian emak tiri Ratti menyebarkan gosip Ratti bercinta dengan kaki scammer. Sakda yang merupakan pak cik Ratti minta Chomjan berpisah dengan Ratti sebab tak nak imej Ratti tercalar.

Sakda beritahu Ratti yang Chomjan ni cuma nak pergunakan Ratti dan siap minta duit lagi untuk berpisah. waktu ni pula Ratti kemalangan terlantar di hospital, dia tak dapat nak buat apa untuk mencari Chomjan bagi meminta penjelasan dari Chomjan.

Chomjan pula bawa diri ke sebuah pulau dan memulakan perniagaan kecil menjual gelang hasil rekaannya.

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

kalau aku tak tahu yang versi taiwan tu memang aku rasa drama ni tipikal lakorn sebab banyak watak jahat yang mendominasi dan menghuru harakan keadaan.

Banyak rancangan jahat untuk menjatuhkan Ratti adalah emak tirinya iaitu Anon dan adiknya, Phakorn. yang macam lalang tu bekas awek dia, Phraotawan. harap muka je cantik tapi suka ambil kesempatan.

Phraotawan khianat Ratti sebab dia nampak Phakorn ni boleh bagi kesenangan pada dia tapi lepas kahwin dengan Phakorn, emak mertua pula layan dia macam sampah. sebab tu bila nampak Anon hampir tumbang, dia berpaling tadah masuk side Sakda dengan harapan boleh balik dengan Ratti. hurmm boleh berangan je lah.

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

Ku sangkakan Anon yang jahat rupanya Sakda adalah mastermind semua benda. Sakda boleh dikatakan orang kepercayaan Ratti dan setiap kali ada masalah mesti Ratti minta Sakda selesaikan.

awalnya nampak baik tapi bila scene dia suruh Chomjan berpisah dengan Ratti dah boleh nampak muka sebenar dia. sebenarnya dia nak control Ratti sebab dia ada rancangan jahat nak take over syarikat. 

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

Waktu kat pulau, Chomjan berkenalan dengan Ace (Chopin Noochintra), seorang selebriti terkenal yang ada event di pulau tersebut.

Ace jatuh cinta dengan Chomjan dan disebabkan Ace ni suka art, dia banyak promote aksesori hasil tangan Chomjan sehingga perniagaan Chomjan laku keras.

aku suka giler watak Ace sebagai second hero drama ni sebab green habis. walaupun selepas itu dia tahu Chomjan masih mencintai Ratti, dia masih lagi support hubungan Chomjan dan Ratti.

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

aku ras yang versi taiwan lebih kepada romantik komedi dan versi thailand pula lebih kepada tipikal soap lakorn. ada plot yang tak dikembangkan dengan baik menyebabkan storyline dia agak bosan dan meleret dengan watak jahat  terlalu mendominasi keadaan.

Watak utama pun tak dikembang dengan baik. di awal episod dah describe watak Ratti sebagai designer berbakat, pewaris syarikat dan racer tapi aku penat tengok Ratti terlalu berharap pada Sakda daripada lawan sendiri emak tiri dia. 

sepatutnya dia lebih fokus pada syarikat yang hampir merosot daripada distracting nak cari Chomjan. watak hero ni sometime jenis tak fikir panjang sebab dia tak nampak main problem dia adalah Anon dan musuh dalam selimut iaitu Sakda.

My Lucky Star (2023) | Review Lakorn

jalan ceritanya seriusly agak bosan dan serabut, aku banyak juga skip part yang tak penting dan tengok part Chomjan dan Ratti sebab chemistry mereka berdua ni memang best dan sweet. 

so kesimpulannya, kalau korang bukan peminat Film Thanapat dan Baifern Anchasa better cari drama lain.

Post a Comment

0 Comments