Kasih Nelisa (TV Okey) | Sinopsis Drama

Kasih Nelisa (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Kasih Nelisa
Produksi : Artree Global Sdn Bhd
Pengarah : Zek Zukry
Idea Asal : Man Kobena, Asri Ismail
Penulis Skrip : Panel Skrip Artree Global, Zek Zukry
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 12 Mac 2024
Masa : Setiap Hari | 2.30 Petang
Episod : 30
OST/ Lagu Tema : Pasrah Padamu (Shatirah Amanda)
Pelakon : Ahmad Tamimi Siregar, Rusdi Ramli, Nafiez Zaidi, Puteri Lofea, Marisa Yasmin, Zalfa Zain, Kamarool Hj Yusoff, Asri Ismail, Beego, Mustapha Kamal

Sinopsis Kasih Nelisa

Sinopsis Kasih Nelisa

Mengisahkan konflik hubungan kekeluargaan yang berlaku antara Haji Mustapha (Ahmad Tamimi Siregar) dan anaknya, Hashim (Rusdi Ramli) akibat perselisihan faham pada masa lalu.

Nelisa nekad mencari Tok Ayah demi untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik kebencian Hashim terhadap Haji Mustafa. Nelisa mahu melihat ayah dan datuknya kembali berbaik dan merancang untuk menyatukan mereka kembali.

Di samping itu, Nelisa semakin rapat dengan Ustaz Asri (Nafiez Zaidi) yang selalu berada di sisi Tok Ayah. Hal ini menyebabkan Aisyah cemburu melihat hubungan rapat Nelisa dan Ustaz Asri. Dalam masa yang sama, Hafiz tidak berputus asa untuk mendapatkan Nelisa semula.

Saksikan Kasih Nelisa yang bersiaran pada setiap hari sepanjang ramadhan ini, jam 2.30 petang di saluran TV Okey.

Post a Comment

0 Comments