Hello Saya Anak Uncle (TV3) | Sinopsis Drama

Hello Saya Anak Uncle (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Hello Saya Anak Uncle
Produksi : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV3
Tayangan : 17 Mac 2024
Masa : Ahad | 9.00 Malam
Episod : 4
Pelakon : Izzue Islam, Rania Amanda, Zara Zya, Aprena Manrose, Raden Zaharatul, Umar Al Amsyar, Kuna Muzani, Hafidzuddin Fazil

Hello Saya Anak Uncle (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Hello Saya Anak Uncle

Mengisahkan Suhael lakonan Izzue Islam, seorang doktor pakar kanak-kanak yang masih bujang. Kemunculan Tiara (Rania Amanda) yang mengaku sebagai anaknya telah menyebabkan kehidupan Suhael yang tenang menjadi kelam kabut.

Pelbagai masalah yang berlaku apabila Tiara muncul dalam hidup Suhael namun Suhael cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan menjaga Tiara sebaik mungkin.

Namun begitu, Mira (Raden Zaharatul) yang merupakan teman wanita Suhael tidak senang dengan kehadiran Tiara dan Mira bertambah cemburu apabila melihat Cikgu Wawa (Zara Zya), guru sekolah Tiara semakin rapat dengan Suhael.

Siapa sebenarnya Tiara? Adakah Suhael dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada Tiara?

Saksikan drama Hello Saya Anak Uncle lakonan Izzue Islam dan Rania Amanda pada setiap hari ahad jam 9.00 malam di TV3.

Post a Comment

0 Comments