Everyone Loves Me (2024) | Review Drama

Everyone Loves Me (2024) | Review Drama

Title : Everyone Loves Me
Director : Yu Chung Chung, Lee Ching Jung
Screenwriter : Xu Ting
Network : Youku
Release Date : 1 March 2024
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Lin Yi, Zhou Ye, Jiang Yi Min, Melody Tang, Zhan Yu, Liang Zhi Gang, Miao Wei Lun, Guan Zi Jing

SYNOPSIS:
Yue Qian Ling has had a crush on Gu Xun for a very long time. She finally confessed her feelings for him as he was about to graduate, but it ends in a rejection. 

A disheartened Yue Qian Ling vents her frustration in a game and takes 18 heads. Her gaming friend notices and shows concern. He is secretly happy to learn that she was turned down because he has been crushing on her for a long time even without meeting in person. Who would've thought that his crush is actually Yue Qian Ling whom he rejected earlier in the day.


Everyone Loves Me, drama terbaru di platform Youku mengisahkan Guxun yang crush dengan kawan online gaming dia pastu dia pergi reject seorang gadis ni kemudian baru dia tahu gadis yang dia reject tu kawan online dia. acaner tu nak kawtim balik?

Everyone Loves Me (2024) | Review Drama

Gu Xun (Lin Yi) seorang pelajar universiti tahun akhir dan suka bermain online game dengan menggunakan nama samaran Campus Hunk. Gu Xun crush dengan seorang player perempuan yang menggunakan nama samaran Dough Twist (Yue Qianling), mereka selalu bersembang dan chatting secara online tapi tak pernah bersua muka.

Sebelum konvo, Gu Xun dapat kerja di sebuah company untuk develope game baru pastu terjumpa kawan satu universitinya iaitu Yue Qianling yang turut bekerja di situ sebagai character designer. Gu Xun tak suka Qianling sebab dia rasa Qianling ni fake.

Everyone Loves Me (2024) | Review Drama

Yue Qianling (Zhou Ye) top gamer dan suka melukis, dan kerana lukisannya juga dia dapat kerja sebagai designer sebelum tamat belajar pastu jumpa crush dia, Guxun.

Qianling selalu luah perasaan dia pada Campus Hunk dan kawan gaming dia yang lain, tanya pendapat mereka macam mana nak pikat crush dia. atas saranan mereka juga, dia berlakon jadi gadis yang naif dan acah-acah comel. tapi strategi dia tak menjadi.

Everyone Loves Me (2024) | Review Chinese Drama

Pada hari konvo, Yue Qianling nekad untuk meluahkan perasaannya pada Guxun tapi malangnya kena reject depan semua orang. frust giler Qianling!

Everyone Loves Me (2024)

Yang Gu Xun pula baru nak happy bila Dough Twist bagitau kena reject dengan crush dia. sekali Dough Twist mention nama crush dia Guxun, terus terkejut terkedu Guxun bila tahu Qianling dan Dough Twist orang yang sama.

Everyone Loves Me (2024) | Review Chinese Drama

Selepas insiden tersebut, Gu Xun cuba berbaik dengan Qianling untuk perbetulkan kesilapannya dan dalam masa yang sama dia cuba beritahu Qianling yang dia sebenarnya Campus Hunk.

Kalau awal-awal tu macam bosan sikit sebab Qianling yang terkejar-kejar Gu Xun tapi Gu Xun ni kemain berlagak dan langsung tak pandang Qianling. lepas tu aku macam nak cakap kat Gu Xun padan muka! hahaha

so lepas tu Gu Xun pula yang terkejar-kejar Qianling, time ni baru dia nampak character sebenar Qianling yang garang dan sarkastik giler. walaupun Qianling selalu mengelak dari bercakap dengan Gu Xun tapi banyak peluang mereka bersama apabila mereka menjadi jiran sebelah rumah.

Everyone Loves Me (2024) | Review Chinese Drama

drama ni ada tunjuk juga work life Gu Xun dan Qianling tapi aku tak suka bila scene kerja sebab bos dan seorang teammate Qianling ni annoying giler.

tapi yang lain tu aku suka sebab jalan cerita dia sangatlah comel dan sweet, chemistry Gu Xun dan Qianling pun  comel. pastu aku suka juga scene kawan Gu Xun, Jun Nan.

overall drama romantik komedi yang menarik dan menghiburkan untuk ditonton.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. drama cina ni memang suka berlatarkan syarikat video game ke? dah banyak drama tengok kerja dekat syarikat game developer/designer

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak cdrama latar dia sangkut dengan IT atau gaming pastu hero dia mesti genius programmer. pusing2 lebih kurang je jalan ceritanya maybe terpengaruh dgn Love O2O or Go Go Squid sebab dua citer ni paling famous.

      Delete