Dirty Laundry (2023) | Review Drama Thailand

Dirty Laundry (2023)

Title : Dirt Laundry
Director : Tichakorn Phukhaotong
Network : Disney+Hotstar
Release Date : 18 January 2023
Episodes : 6
Duration : 46 minutes
Genre : Comedy, Romance
Cast : Nanon Korapat, Film Rachanun, Pond Naravit, Zani Nipaporn, Kapook Ploynira, Jennie Panhan, Foei Patara, Godji Tachakorn

SYNOPSIS:
Neon, a lonely girl working the late-night shift at a laundromat, carelessly steals a briefcase filled with a million in cash from her crush Night's apartment. Night is a murder mystery novelist who came to Neon's rescue at the laundromat. When he catches on that she's the thief and comes to get the bag back, it's already gone missing. 

The two have to team up to search for the true thief with only one clue, the laundromat's service log. In the record are: Judo, a good-looking university student who came to study; P'Chompoo, Night's landlord; Momay, a sexy karaoke girl; and Nick and Smile, a bitchin' rock couple.

Dirty Laundry (2023)

Dirty Laundry mengisahkan Neon (Film Rachanun) yang bekerja di sebuah kedai dobi shif malam. Pelbagai ragam manusia yang Neon jumpa tapi dia suka usha dan crush dengan seorang mamat ni yang rajin basuh baju time malam sambil buat kerja.

Suatu malam, Neon dapat peluang bersembang dengan crush dia iaitu Night (Nanon Korapat) then Neon baru tahu rupanya Night seorang penulis novel cerita misteri thriller yang diminatinya. Malam tu juga mereka keluar makan dan berakhir dengan suasana yang romantis.

Neon ingat lepas date malam tu, hubungan mereka makin rapat tapi malangnya Night menghilangkan diri dan langsung tak muncul di kedai dobi tersebut dalam tempoh seminggu tu. Neon membuat keputusan mencari Night dengan alasan mahu memulangkan baju Night yang tertinggal.

Dirty Laundry (2023) | Review Drama Thailand

Neon berjaya menjumpai rumah Night dan menyamar sebagai teman wanita untuk masuk ke rumah Night. Neon tak jumpa Night tapi dia bawa balik briefcase milik Night dengan harapan dapat mencari klu kehilangan Night.

Keesokan harinya, Night tiba-tiba muncul dan memarahi Neon kerana menceroboh rumahnya dan mencuri bag dia yang mengandungi duit bernilai sejuta baht. Neon terkejut tengok Night berubah dari apa yang dia jumpa malam tu dan bila nak pulangkan balik beg tersebut baru Neon perasan beg tersebut sudah hilang.

Neon rasa bersalah sebab dah ambil dan hilangkan beg Night so dia bantu Night untuk mencari beg tersebut untuk tebus kesalahannya.

Midnight Series: Dirty Laundry (2023)

plot drama ni agak simple juga tentang misi Night dan Neon yang menjejaki beg berisi wang yang hilang kemudian tersingkap rahsia Night yang berkaitan dengan satu kumpulan scammer.

jangan take serius sangat dengan jalan ceritanya sebab drama ni lebih kepada ringan dan santai kadang ada juga plot dia yang mengarut tapi overall menghiburkan. aku tengok sebab ada Nanon seriusly comel sangat Nanon dalam drama ni dan suka tengok chemistry dia dengan Film Rachanun.

Post a Comment

1 Comments