Title : Damsel
Director : Juan Carlos Fresnadillo
Screenwriter : Dan Mazeau
Network : Netflix
Release Date : 8 March 2024
Duration : 1 hour 49 minutes
Genre : Fantasy, Action, Thriller
Cast : Millie Bobby Brown, Ray Winstone, Angela Bassett, Brooke Carter, Nick Robinson, Robin Wright, Milo Twomey
SYNOPSIS:
A dutiful damsel agrees to marry a handsome prince, only to find the royal family has recruited her as a sacrifice to repay an ancient debt.
Mengisahkan Elodie (Millie Bobby Brown) seorang puteri yang berkahwin dengan Prince Henry (Nick Robinson), untuk menyelamatkan rakyat negerinya dari kebuluran.
Pertama kali tiba di negeri Aurea, Elodie dah jatuh hati dengan keindahan dan kemewahan negara tersebut kalau nak dibandingkan dengan negara dia yang tandus dan miskin, ditambah pula dengan personaliti Henry yang serasi dengan dirinya.
Malangnya sebaik sahaja selesai upacara perkahwinan, Elodie dihumban ke dalam gaung untuk dijadikan korban kepada naga. tak mahu tunduk kepada nasib, Elodie bangkit berjuang untuk meneruskan hidup dan seterusnya mencari jalan keluar dari gua tersebut.
jalan ceritanya nampak menarik juga, dari fairytale terjun ke thriller tapi durasi yang makan masa hampir dua jam terasa lama juga sebab plot dan watak tak dikembangkan dengan baik. lebih fokus macam mana Elodie nak survive dari naga tersebut.
banyak drama dalam plot twist dia. macam bapa Elodie iaitu Lord Barford yang mahu kahwinkan anaknya demi wang ringgit walaupun tahu tujuan sebenar perkahwinan tersebut tiba-tiba pergi masuk gua nak selamatkan anak dia dari korban. eh eh sis tak tahu nak terharu ke apa, kenapa tak batalkan sahaja upacara tersebut? kenapa lepas anak kau kena humban baru nak menyesal? nampak sangat rancangan dia dari awal sebab duit bukannya nyawa anak.
kesimpulannya, apa yang terjadi kerana ketamakan manusia juga. Naga ni nak balas dendam pada keturunan moyang raja Aurea yang dah bunuh anak dia dan ceroboh tempat dia. Untuk mengelakkan keturunan mereka menjadi mangsa, Raja Aurea pilih gadis tak bersalah kononnya dijanjikan sebagai menantu tapi sebenarnya untuk dijadikan korban.
1 Comments
Dah tengok last week...best citer ni...lagi satu akak tengok citer JLo Marry Me..pun best jugak
ReplyDelete