Tentang Dhia (TV3) | Review Drama

Tentang Dhia (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Tentang Dhia
Produksi : Grand Brilliance
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan
Siaran : TV3
Tayangan : 9 November 2011
Episod : 30
Pelakon : Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Puteri Sarah Liyana, Liza Abdullah, Rosnah Johari, Idris Md Diah

Drama Tentang Dhia ditayang semula di slot Cempaka TV3 yang bersiaran pada setiap hari jam 8.00 pagi. seingat aku drama ni mendapat sambutan hangat dulu tambahan pula Adi Putra dan Nora Danish tengah top waktu ni. Disebabkan drama ni diulang semula, aku pun terjebak melayan balik citer ni kat youtube.

Tentang Dhia (TV3)

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish) yang melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.  Dhia seorang gadis kampung yang dididik dengan adab dan penuh sopan santun bertunang dengan Azmi (Ako Mustapha), seorang pemuda yang baik. Mereka berkawan dari zaman sekolah.

Konflik berlaku apabila kawan baik Dhia iaitu Melly (Izreen Azminda) telah mengandung anak luar nikah tapi Raffi (Irfan Roslan) tidak mahu bertanggungjawab). Melly takut tembelangnya pecah lalu memerangkap Azmi untuk dijadikan pak sanggup.

Dhia kecewa apabila mendapat berita Azmi ditangkap basah bersama Melly dan terpaksa akur apabila keluarga Melly mahu Azmi bertanggungjawab dengan menikahi Melly.

Tentang Dhia (TV3) | Sinopsis Drama

Selepas Azmi dan Melly berkahwin, hidup Dhia tidak tenang apabila Azmi masih lagi tidak berputus asa untuk mendapatkan cinta Dhia semula dan hal ini menyebabkan Melly tidak berpuas hati dan menyerang Dhia.

Suatu hari, Zikir (Adi Putra) datang ke kampung Dhia untuk menguruskan jenazah kawan baiknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Zikir jatuh cinta apabila pertama kali melihat Dhia yang menjual nasi lemak di tepi jalan. 

Atas pertolongan isteri arwah kawan baiknya, Zikir berkenalan dengan Dhia dan melamar Dhia untuk dijadikan isteri.

Walaupun perkenalan mereka singkat, Dhia menerima lamaran tersebut kerana yakin Zikir adalah jodohnya. Dhia bahagia selepas berkahwin dengan Zikir tapi dirinya diuji dengan hebat dengan ibu mertua yang tidak merestui hubungan Dhia dengan anaknya. Ku Salmi (Liza Abdullah) dari awal lagi mahu menjodohkan Zikir dengan calon pilihannya Rose (Tasha Shilla) tapi Zikir tak berkenan dengan Rose.

Tentang Dhia (TV3)

drama ni best sebab suka tengok chemistry Nora Danish dan Adi Putra di samping plot dan jalan cerita Tentang Dhia yang menarik. cerita lepas Dhia dan Zikir berkahwin memang menyakitkan hati dengan perangai Ku Salmi dengan Rose yang banyak main bomoh lepas tu dihasutkan semua orang untuk benci Dhia.

aku rasa tengok watak Liza Abdullah sebagai Ku Salmi lagi menyakitkan hati daripada watak Mak Leha dalam 7 Hari Mencintaiku.

seriusly drama ni sangat sedih sebab satu demi satu ujian datang menimpa Dhia. Zikir seorang lelaki yang baik tapi lama kelamaan kalah juga termakan hasutan emaknya, salah satu punca juga kena bomoh dengan emak sendiri dan Rose.

Kesimpulannya, nak cari jodoh tu carilah yang sekufu. kenal dulu keluarga bakal mertua. kalau ada tanda-tanda perangai bakal emak mertua tu pelik, pertimbangkan dulu sebelum buat keputusan. dalam cerita ni pun dari awal lagi bapa Dhia dah cakap tak sedap hati kahwinkan anak dia dengan Zikir. sebab sebelum kahwin lagi Dhia dah teruk kena bomoh dan bapa Dhia tak berkenan tengok perangai Ku Salmi. apa yang bapa dia cakap memang betul, kehidupan Dhia menderita angkara perbuatan ibu mertuanya sendiri. ending pun sedih wei.

Post a Comment

2 Comments

  1. Cerita ni betul2 popular dulu. Orang memang tunggu tiap hari 😊

    ReplyDelete
  2. cerita lama dah ni... teringat arwah kakak ipar tunggu maghrib atas sejadah. azan je, terus solat, takut terlepas cerita ni.

    ReplyDelete