My Lovely Driver (TV3) | Sinopsis Drama

My Lovely Driver (TV3) | Sinopsis Drama
Kredit: Instagram Drama Sangat

Slot Akasia kembali dengan drama terbaru, My Lovely Driver menggantikan drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah mulai 16 Februari 2024, tayangan pada setiap hari isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam.

Siri romantik komedi ini menampilkan Hisyam Hamid dan Trisha Ooi sebagai teraju utama dan dibantu oleh Razzuan Rosli, Silfeny Osman, Faye Kusairi, Sefik Khair dan ramai lagi. Trisha Ooi sebelum ini pernah membintangi drama Tentang Hati Dia dan Menanti Senja.

My Lovely Driver (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : My Lovely Driver
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 16 Februari 2024
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Trisha Ooi, Hisyam Hamid, Razzuan Rosli, Silfeny Osman, Faye Kusairi, Sefik Khair, Sera Melissa, Izzendra, Kween Keela, Azza Elite, Ameerul Asyraf, Wanns Ahmad, Affizy Khairy, Wan Raja

Sinopsis Drama My Lovely Driver

Mengisahkan Sam (Trisha Ooi) seorang usahawan online namun Sam tiada pilihan dan terpaksa menjadi pemandu e-hailling sepenuh masa kerana dia perlu membayar hutang arwah ayahnya. Sementara itu perniagaan online miliknya akan diuruskan oleh kawan baiknya, Jojo (Sera Melissa).

Manakala Adli (Hisyam Hamid) pula selalu menggunakan perkhidmatan e-hailing kemana sahaja kerana dia mempunyai trauma untuk memandu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya lima tahun yang lepas.

Takdir menemukan Sam dan Adli yang sering melengkapi, Adli yang selesa dengan khidmat dan personaliti Sam membuat keputusan untuk mengupah Sam menjadi pemandu peribadinya. Dalam masa yang sama, Sam dapat menimba ilmu perniagaan.

Terkadang cinta datang di tempat yang tak disangka. Atau bertemu dengan insan yang tidak terduga. Berjayakah hasrat hati Adli ingin memiliki Sam?

Post a Comment

1 Comments

  1. mcm best je sinopsis drama ini. nanti sy tonton di tonton ye...

    ReplyDelete