Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah (TV3) | Sinopsis Drama

Cinta Bersemi Di Wadi Saffiyah (TV3)
Kredit: Instagram alternate.my

Drama : Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 9 Januari 2024
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Episod : 28
OST/ Lagu Tema : Hanya Tuhan Yang Tahu (Awi Rafael)
Pelakon : Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite, Serene Claire, Nafiez Zaidi, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Iman Aneesa, Natasha Azizan, Putri Dellyna, Ikhram Juhari, Mosen Nadzli

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah sebuah drama adaptasi novel Aku Cinta Dia karya Sharifah Abu Salem akan menemui peminat bermula 9 Januari ini, setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.


Sinopsis Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Mengisahkan Dania (Rita Nadira) seorang gadis kota yang mempunyai teman lelaki bernama Qabil (Aidit Noh). Hubungan mereka sangat bebas sehingga Dania mengandungkan anak luar nikah namun Qabil tidak mahu bertanggungjawab dan bertindak melarikan diri ke luar negara.

Datuk Safuan (Zamarul Hisham) marah dengan perbuatan anaknya itu lalu mendesak Dania untuk mengugurkan kandungannya tapi hal ini tidak dipersetujui oleh isterinya, Datin Kay (Mas Anizan). Datin Kay menyembunyikan Dania di sebuah pusat perlindungan bernama Wadi Saffiyyah.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyah, Dania mula berubah dan insaf dengan dosa yang dilakukannya sebelum ini. Dalam diam, Dania terjatuh hati pada Ustaz Iqbal (Aniq Suhair), salah seorang tenaga pengajar di situ. Perkara ini menimbulkan perasaan tidak puas hati terutamanya Umairah yang sudah lama mempunyai perasaan pada Iqbal.

Konflik semakin bertambah apabila Qabil muncul semula dalam hidup Dania. Apakah yang terjadi seterusnya, adakah Dania akan menemui cinta sejatinya?

Post a Comment

0 Comments