Telefilem : Mocha Girl
Penulis : Arsya Aisya
Helaian : 502
Penerbit : Love Novel
Terbitan : September 2019
Mengisahkan Nur Qasy Imani atau Q yang bekerja sebagai barista di kafe milik Luth Haqiem. Q tak berapa puas hati dengan bos dia sebab setiap hari dia dibuli disuruh buat itu ini. Rakan sekerja lain cakap Luth ada hati padanya tapi Q tak percaya dan Luth pun tak pernah meluahkan perasaan pada Q.
plot dan jalan cerita Mocha Girl agak simple, sejujurnya lepas baca hampir separuh buku aku jadi bosan sebab plot tak dikembangkan lebih kepada permainan tarik tali antara Q dan Luth, penat sebab tak progress dengan relationship mereka.
Q boleh digambarkan sebagai gadis yang naif dalam soal cinta tambahan pula tak pernah serius ajak sembang soal hati atau meluahkan perasaan, nak berkias-kias memang sampai ke sudah lah perempuan ni tak faham bahasa.
Luth sepatutnya lebih matang untuk lead hubungan mereka sebab dah si Q tu macam tu. aku agak annoying juga sebab bila buat something, Luth tak cuba bincang dengan Q dulu. macam kes nak buat majlis kat kafe untuk ahli keluarga dan rakan terdekat yang motif sebenar Luth nak perkenalkan Q sebagai gadis istimewanya. kau tak pernah luah perasaan kat Q pastu kau expect Q nak menangis terharu bila dapat kejutan macam tu, memang patutla Q tu lari. pendek cakap progress diorang ni memang slow.
Konflik dalam perhubungan mereka bila munculnya Sofia, adik kepada Anggun (bekas teman wanita Luth). seriusly annoying giler budak ni yang terlebih sudu dari kuah. kakak dia cool je boleh berkawan baik dengan Luth lepas putus tapi dia pula yang over nak serang Q bagai. another konflik bila Luth terlibat dalam kemalangan, Q tekad nak jadi isteri Luth tapi Luth ingat Q sekadar kesian dengan dia.
kesimpulannya, jalan ceritanya boleh jadi lebih menarik kalau dikembangkan lagi plot. penat cerita yang banyak main tarik tali mengalahkan budak sekolah bercinta.
**MY RATING: 3.0/5**
Baca juga : Novel Marry Me by Arsya Aisya
Kerana kopi, dua hati dan kehidupan yang berbeza menjadi satu!Nur Qasy Imani atau Q… pencinta kopi yang sanggup menjadi barista di Luth’s Café. Menjadi barista itu mudah baginya, namun ia menjadi payah apabila ia melibatkan soal hati dan perasaan. Ada ketika, nun jauh di sudut hatinya berdetik rasa.Luth Haqiem… bersama detik waktu berlalu, cintanya berputik. Untuk mengakui, dia resah sendiri. Lalu dia mendekat dalam caranya sendiri. Untuk berada dekat dengan Q, dia sanggup mendera gadis itu.“Masuk bilik aku! Lambat… tunggulah denda kau nanti.” – Luth“Masuk bilik aku! Dia ingat aku ni bini dia ke? Nak masuk bilik bagai. Ya Allah, bagilah aku kesabaran yang tinggi.” – QQ keliru dengan perasaannya sendiri, Luth juga menolak perasaan yang wujud antara mereka. Namun tragedi yang menimpa Luth mengubah segalanya. Bak kata peribahasa; ‘ikan di laut dalam kuali bertemu jua’. Sesungguhnya pemilik hati itu Allah. Jika sudah ditakdirkan dua hati yang berbeza itu bersatu, cukup saja dengan ‘kun fayakun’.“… Aku tak nak kau muncul depan aku lagi.” – Luth“… Sekali saya cakap saya nak kahwin dengan awak, maka selamanya akan begitu. Sama ada awak suka atau tidak, awak akan tetap jadi suami saya! Titik!” – QMelayari sebuah perkahwinan di sisi suami yang sudah hilang semangat bukan sesuatu yang mudah, tetapi tidak sukar bagi gadis secekal Q. Saban kali Luth menolak, dia mendekat. Apa susah, mereka sudah halal!Namun sebuah pelayaran yang tenang bergelodak dengan kemunculan Sofia. Siapakah Sofia? Lebih menyakitkan, kebenaran tentang Luth terbongkar. Sebuah kepercayaan yang dikhianati lebih perit daripada langau yang menghimpit. Q membawa diri. Apakah masih ada ruang dalam ikatan mereka? Apakah rahsia Luth?
1 Comments
lama x jenguk sini..
ReplyDelete