Luna Elvira (TV9) | Sinopsis Telefilem

Luna Elvira (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Luna Elvira
Produksi : Mache AllStar United Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV9
Tayangan Asal : 14 November 2016
Pelakon : Ruhanies, Syazuwan Hassan, Nadia Aqilah, Iswan Ismail, Amyza Aznan, Nur Intan Syuhadah, Zulkifli Mohd Salleh, Wan Nor Hidayah, Fatimah Azzahra

Luna Elvira (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Luna Elvira

Mengisahkan Luna Elvira (Ruhanies), seorang gadis naif yang berasal dari keluarga sederhana. Luna menjadi saksi ibunya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh bapanya sendiri namun dia tidak mampu melindungi ibunya kerana masih kecil.

Setelah tamat sekolah, Luna membantu ibunya menjual nasi lemak dan kemudiannya bertemu dengan Fattah (Syazuwan Hassan), seorang ahli perniagaan produk kecantikan terkenal. Luna berkahwin setelah dilamar oleh Fattah.

Namun rumah tangga yang awalnya disangka bahagia bertukar mimpi ngeri apabila Fattah bertukar karakter daripada seorang lelaki yang romantis kepada lelaki dayus memukul isterinya sendiri. Tiada siapa mengetahui keperitan hidup yang dihadapi Luna kerana Fattah berlagak seperti suami mithali di khalayak ramai.

Bagaimanakah nasib Luna, adakah dia mampu bangkit melawan dan membebaskan diri dari kekejaman suaminya sendiri?

Post a Comment

1 Comments

  1. hishh.. geram bila baca kisah macam ni...walaupun dalam drama je

    ReplyDelete