Kelmarin Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Kelmarin Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Drama Kelmarin cinta pernah ditayangkan di TV Okey pada tahun 2021 kini bersiaran semula pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6.45 petang, bermula 1 Februari ini di slot Widuri TV1.

Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Intan Ladyana dan Reen Rahim, Kelmarin Cinta mengisahkan percintaan tiga segi antara sahabat karib menyebabkan pelbagai konflik berlaku sehingga terpaksa mengorbankan perasaan orang lain.

Kelmarin Cinta (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Kelmarin Cinta
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan, Nana Khalil
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 1 Februari 2024
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahaya, Reen Rahim, Intan Ladyana, Azri Sabri, Sharifah Husna, Aishah Azman, Amir Nafis, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Zaefrul Nordin


Sinopsis Drama Kelmarin Cinta

Mengisahkan dua sahabat karib iaitu Wan Nur (Reen Rahim) dan Mila (Intan Ladyana) yang berkawan sejak kecil. Mila dari keluarga barada yang berpewatakan lemah lembut manakala Wan Nur pula seorang yang kasar dan tomboy berasal dari keluarga sedarhana.

Suatu hari, Wan Nur menerima pinangan dari Taufik (Azri Sabri) yang baru pulang dari luar negara namun Wan Nur tidak berminat untuk bercinta dan dia tahu Mila mempunyai perasaan pada Taufik menyebabkan dia cuba mengelak dari bertemu Taufik.

Manakala Mila pula dipinang oleh Pak Long untuk anaknya, Azhar (Shukri Yahaya). Pak Long sudah lama tinggal di luar negara sebelum menetap di Cameron Highland dan takut anaknya terikut dengan budaya luar. Oleh  sebab itu dia mahu mencari gadis melayu untuk Azhar.


Mila tidak berminat dengan pinangan dari Azhar kerana dia sudah lama menyimpan perasaan pada Taufik. Mila dijemput oleh Pak Long untuk bercuti ke Cameron Hingland lalu membuat rancangan untuk menukar identitinya dengan Wan Nur supaya Pak Long bertukar fikiran setelah melihat perwatakan Wan Nur yang kasar.

Namun lain yang dirancang lain pula yang berlaku. Pak Long berkenan dengan Wan Nur yang disangka Mila kerana Wan Nur memenuhi ciri-ciri gadis melayu yang diidamkan seperti pandai memasak dan seorang yang rajin.

Adakah Azhar dari menerima jodoh yang ditentukan oleh ayahnya sedangkan Azhar masih lagi tidak dapat melupakan kekasih hatinya?

Post a Comment

0 Comments