Kalau Aku Kaya (TV3) | Review Telefilem

Kalau Aku Kaya (TV3)

Telefilem : Kalau Aku Kaya
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : MF Kenchana
Siaran : TV3
Tayangan : 31 Disember 2016
Durasi : 88 minit
Pelakon : Syafiq Kyle, Usop Wilcha, Niena Baharun, Nina Iskandar, Jay Iswazir, Kamal Sumbu, Awi Rafael

SINOPSIS:
Din, seorang pemuda penganggur tetapi berangan menjadi kaya. Dia dihalau keluar rumah kerana dituduh mencuri. Semasa bergelandangan, dua perompak menyerah satu guni wang untuk dijaga.

Kalau Aku Kaya (TV3) | Review Telefilem

Diispirasi dari lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael mengisahkan Din (Syafiq Kyle) yang berangan mahu menjadi jutawan tapi seorang yang pemalas dan tinggal bersama bapa saudaranya, Leman (Usop Wilcha) yang menanggung segala makan minumnya kerana Din malas mencari kerja.

Leman mengamuk apabila rumahnya dimasuki perompak dan Din pula hanya tidur membuta tanpa sedar barang dalam rumah tersebut dicuri. Hal ini menyebabkan Din dihalau keluar kemudian bertemu Cha (Jay Iswazir) dan Adi (Kamal Sumbu) dan menjadi gelandangan bersama.

Suatu hari, Din yang sedang tidur di belakang kedai didatangi dua orang perompak dan mereka menyuruh Din memegang bungkusan milik mereka dan menyerah di tempat yang dijanjikan. tapi Din pula dah gelap mata bila nampak duit yang banyak lalu bermulalah kehidupan Din sebagai seorang jutawan.

Kalau Aku Kaya (TV3) | Review Telefilem

bila dah kaya, Din mampu nak beli kereta mewah dan rumah besar. orang yang dahulu menghina kini dah mula membodek Din termasuklah Leman dan teman wanitanya. tapi Din sudah terjatuh hati dengan Hanis (Niena Baharun) yang pernah membantu dirinya ketika susah.

Dalam masa yang sama, Leman pun dah lama suka kat Hanis so Leman pun buat cerita buruk mengenai Din menyebabkan Hanis berubah dingin dan mengelak bertemu dengan Din.


Kalau Aku Kaya (TV3) | Review Telefilem

Adakah semua angan-angan Din akan tercapai atau ini semua permainan mimpi? 

Plot dan jalan ceritanya simple tapi ada mesej yang cuba disampaikan. Overall sebuah telefilem yang menghiburkan dan sesuai untuk tontonan santai.

Post a Comment

0 Comments