Taubatku (TV3) | Review Telefilem

Taubatku (TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Taubatku
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Shahnas Putra, Nik Nabilah
Siaran : TV3
Tayangan : 16 Jun 2018
Durasi : 88 minit
Pelakon : Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadha, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Faezah Elai

SINOPSIS:
Ismail dan Maisarah berkahwin lebih tiga tahun namun masih tiada anak. Perkahwinan mereka tak bahagia kerana Sarah dipaksa berkahwin dengan Ismail.


Taubatku mengisahkan Maisarah (Azar Azmi) yang terpaksa berkahwin dengan Ismail (Syafiq Kyle) setelah tunangnya menghilangkan diri. Selepas tiga tahun berkahwin, mereka masih belum mempunyai anak dan Ismail menasihatkan Maisarah supaya tidak putus berdoa kepada Allah supaya mereka dikurniakan zuriat.

Taubatku (TV3) | Review Telefilem

Suatu hari, Maisarah dan Ismail terjumpa seorang bayi yang diletakkan di tempat pembuangan sampah lalu membuat keputusan untuk menjaga bayi tersebut dan diberi nama Iskandar (Syed Ali Murtadha).

Walaupun miskin dan mencari rezeki dengan menjual sate, Ismail bersyukur dengan kehidupannya dan tetap mementingkan solat dan agama.

Namun tidak pada Maisarah yang mula mengeluh dengan kemiskinan mereka dan rasa tertekan apabila Ismail tidak membenarkannya bekerja. Mereka diuji dengan Iskandar yang lumpuh kerana kemalangan dan hal ini juga membuatkan Maisarah semakin tertekan kerana terpaksa menguruskan Iskandar.

Taubatku (TV3) | Review Telefilem

Maisarah berubah apabila bertemu semula dengan tunangnya, Safuan (Idris Khan). Safuan memohon maaf dan menjelaskan kenapa dia terpaksa meninggalkan Maisarah pada hari pernikahan mereka.

Maisarah mula mengabaikan suami dan anaknya, dan tergoda dengan tawaran kerja yang ditawarkan oleh Safuan. Dia akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Ismail dan Iskandar demi mengejar kesenangan.

Taubatku (TV3) | Review Telefilem

Ismail terpaksa menguruskan anaknya dan mencari nafkah selepas Maisara meninggalkannya. Hal ini membuatkan Ismail berubah dengan mula meninggalkan solat dan menjadi baran apabila anaknya melakukan kesilapan.

Iskandar pula sedih melihat ayahnya banyak berubah namun Iskandar tidak berhenti berdoa agar ayahnya kembali seperti dahulu semula.

Taubatku (TV3) | Review Telefilem

Maisarah yang tergoda dengan kesenangan yang ditawarkan Safuan mula tersedar yang dirinya ditipu dan mahu kembali semula kepada keluarganya. Ismail juga tersedar dengan kekhilafannya apabila ditimpa ujian dalam kehidupannya.

Taubatku sebuah telefilem yang penuh dengan pengajaran tentang insan yang melakukan kesilapan dan mempersoalkan takdir apabila diuji namun kembali semula ke pangkal jalan dan bertaubat.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments